@churalliya

Saturday, December 31, 2011

Teater Amuk Anak Zapin

Baru lepas habis tonton kakak nabila berlakon dalam Teater Amuk Anak Zapin. Tak pernah dgr nama teater tu? Haaaaa nantilah tahun depan mekchu cerita ok.. Sekarang nak relek-relek dulu.

Nabila dah semakin pandai berlakon laaaaaa... Nabila tu anak buah kami :)

Malam ni tengok bunga api kat mana? Kami atas katil aje kot :) Selamat menyambut tahun baru 2012 buat semua.. Moga semua berazam yg bagus2 aje..

Friday, December 30, 2011

Melangsaikan hutang review pasal seluar itu

Dalam kepala memang ingat.. tapi tak terluah dengan kata-kata je lagi.. Segala persoalan kawan2 mengenai seluar tu mekchu dah jawab dalam hati.. hahahaha..

Mesti dah lupa.. tak pe, mekchu ingat.. dan kembali ke sini untuk menjawab persoalan kawan-kawan..

Seluar itu?
Seluar mana?
Seluar ini..

 

Dah ingat seluar mana?

itu janji manis mekchu pada Mei 2011 yang lalu.. Disember 2011 baru nak jawab.

Ok seluar tu beli kat NICHII Alamanda. Harga dalam RM69 sajork.. Tak ingat sangat tp tak sampai RM70 pun rasanya.. Ye la, beli lama sudah..

SUKA sebab dia tak melekap macam legging.. dia ala-ala aladin sikit tapi ada grip kat kaki.. getah grip tu tak de pun mengganggu peredaran darah sampai kaki ko jadi lebam.. hahahaha..

SUKA lagi sebab dia jenis kain (kain tak keras dan tak lembut). Nak bersila dalam kereta pun selesa.. ehhh, mekchu kalo dalam kereta mmg duduk bersila.. bukan dlm keta je kot, atas kerusi nak makan pun bersila jugak.. ehh kat kerusi opis pun bersila jugak :) Kat kerusi kantin je belum mampu nak bersila lagi..

 
 
Harap menjawab persoalan 6 bulan lepas :)


Bertambah SUKA sebab lelemak TIDAK akan kelihatan bergegaran ketika berlari mengejar anak ;p

Kalau korang perasan kan, mekchu ni jenis tak suka pakai jeans.. Jeans terakhir dibeli sebelum mengandung tahun 2007.. Mcm nak let go.. Siapa maun? (semua pun ko nak let-go kan)

Urut-urut Thai

Hari ini kena berani kan diri.. Berdebar jugak pada mulanya. Takut sakit..

Selalu serah diri pada bibik aje.. Bibik mekchu mmg pandai ngurut tau. Sbb tu mekchu sayang dia lebih. Sejak bibik dah tak de ni, pandai2 lah carik penyelesaian sendiri..

Habislah masuk opis ptg ni bau minyak urut thai :)

Thursday, December 29, 2011

Abadikan gambar kesayangan sebagai fridge magnet

Hari tu ingat lagi tak dah tayang 6 keping gambar yang telah dijadikan sebagai photo magnet.. Sekarang nak tayang pulak  photo magnet tersebut apabila dilekatkan bersama magnet2 kesayangan yang lain..

 6 keping gambar semasa baru diterima hasil pembelian dari MikADeal.. lekat kat mana yang boleh melekat sebab excited terlebih..

 dan apabila dilekatkan bersama kawan2 nya yang lain.. ya, disitulah tempatnya..

pandangan keseluruhan peties mekchu setakat penghujung tahun 2011 :)

Bahagian atas dah padat betul.. dan dah mula menampal di bahagian bawah.. serta bahagian tepi juga..

Sekarang, dapur adalah tempat yang paling digemari mekchu..

Jangan lupa rajin2 jenguk MilkADeal.. mana tau ada lagi promo photo magnet ni.. siapa yang untung? kooorangggg jugak..

Wednesday, December 28, 2011

Pegang2 tangan bawah meja

Ingatkan lunch date berdua, rupanya dia bawak kawan daaaa... Potong tang corner lak aihhh..

Terpaksa pegang-pegang tangan bwah meja. Baru sekejap-kejapan dah rindu :)


Eehhh, sbnarnya nak tunjuk baju cotton baru sarat ber labuci . Vietnam mari.. Tp tak de siapa nak snap kan. Nak cari cermin panjang lah kejap lagi..

Selamat menjamu selera semua...


Sent from my Red ® Berry

Gigitan Cinta Monyet

Ada pulak tertinggal lagi satu entry kat draf :)

Nak balik dari Monkey Island hari tu.. Boat penuh dan papa-jit berdiri sajork.. Mula2 mi-cah tak perasan papa dia berdiri.. Mekchu ni punya lah cuak sbb boat tu mmg tak de safety.. Kalau hembus je dah boleh terjatuh dalam air tu kot.. 

Memang pegang mi-cah erat-erat.. takut sangat kalau dia turun kat bawah tu dan main lari-lari kat situ.. Bukan boleh percaya sangat budak kecik tu..

 ni dia tak perasan lagi papa dia berdiri..

 opsss.. dah nampak papa dia berdiri di situ.. dan dia pun mula dah turun nak pegi kat tepi tu

Seriau ok.. buatnya dia berlari dan terlangsung ke dalam air.. adoiiii... atau pun dia main lompat2 pas tu tergelincir masuk dalam air.. gedebushhhhhh.... macam2 boleh jadi oooo...

Mekchu marah dia. Cubaan angkat dia semula kat atas kerusi.. mengamuk gile dia time tu.. meronta-ronta nak pegi kat papa dia jugak.. mekchu pegang dia kuat2..

Dia tak kira, dia nak pegi jugak.. Mekchu pegang dia sedaya upaya.. Terus dia meronta-ronta tapi tak berjaya lepaskan diri.. Sampai perlu menggunakan senjata gigitan untuk melepaskan diri.. gigitan yang terrramatttttt sakit.. 

 gigitan ~ senjata mi-cah yang tiada tandingan..

 terus pasrah dan kali ni terpaksa ikut kehendak dia..

Dia kalau nak, memang nak jugak.. Jangan cobak nak halang, kelak buruk padahnya..

Ohhh anak :'(

Tuesday, December 27, 2011

Konflik lengan baju

Kat sogo semalam.

Dilema sungguh.. Nak pilih lengan baju pun susah.. ada la nak dekat 15 minit dalam fitting room tu memikirkan mana satu harus dipilih.. pusing kiri tak kena, pusing kanan pun tak kena.. 2-2 pun suka.. 2-2 pun best.. tapi nak beli satu je.. hahahaha..

 yang pertama lengan jenis kembang-kembang tapi tak nampak ketiak ni.. bila jalan nanti bahagian lengan tu akan terbang-terbang.. suka...

yang kedua jenis kembang-kembang kat lengan.. dah lama carik tapi kebanyakkannya jumpa kain atau cutting jenis tak best.. tapi kali ni semua pun perfect!!

Harga 2-2 pun sama. RM54.90 rasanya. Ok, ini adalah baju-baju dari ELLE.. my favourite t-shirt ever.. kat sogo carik elle, kat midvalley carik elle, kat sarawak pun carik elle, kat mana2 pun kalau ada elle mesti akan beli sepasang.. suka sebab dia cotton dan selesa beserta sopan ketika di pakai.. dah ada lebih dari 10 helai kot ;p

Pompuan nak memilih dan memikirkan design tang lengan pun lama... Kalau tanya papa-jit masa tu mmg dah tau jawapan "mama pilih je la mana2 mama suka". Sebab tu tak tanya dia pon..

Dan sudahnya mekchu memilih ............................. tunggu lah kot2 ada entry yang pakai salah satu dari baju di atas ^_^

Angin kuat

Sehari dua ni kuat betul angin.. gelabak gelebuk bunyi durian jatuh kat kebun sebelah tu.. Malam-malam kejap2 terjaga bila terdengar bunyi angin.. Risau takut jadi apa2 kat kereta :)

Kesian dengan nenek labu.. merungut dia bila tengok daun dah macam kapet kat luar rumah tu.. dia mana lah boleh tengok daun sepah2 kat laman rumah dia tu.. laman kot kecik tak pe.. ini seluas-luasnya.. kalau ada bibik, boleh jugak dia setelkan daun2 tu..

pandangan ke arah sisi rumah... pokok yang rendah tu lah pokok pulasan.. yang mi-cah cah petik hari tu.. rendah kan..

ini pulak pandangan dari depan.. banyak kan daun.. semua tu daun dari pokok durian kat kebun sebelah la tu.. yang hijau2 pun gugur.. 

Selalunya angin kuat ni nak masuk musim buah.. masa sekolah dulu cikgu bagi tau angin adalah agen pendebungaan yang paling baik..

jadi, hari ini bawak buah langsat ke pejabat.. jeles tak? jeles kan... 

Selain dari langsat dan pulasan, rumah nenek labu jugak ada rambutan, durian, manggis dan pisang. Kalau musim buah, hari2 ber dessert kan buah-buahan tempatan.

Mi-cah tu harap muka je k-pop.. tapi dia adalah anak jati kampung.. daun2 tu semua tak mustahil dia yang tolong sapu dan longgokkan.. dan tak mustahil jugak dia tolong kaut daun2 tu bawak pegi tmpat bakar sampah..

GUESS Couple Watch untuk di Let Go

Entry teratas sehingga barangan terjual :)

GUESS Couple Watch ini kami beli sebagai hantaran kawin kami dulu :) Pakai tak sampai 3 tahun masing-masing dah beli jam baru.. Kiranya dah 3 tahun tersimpan gitu je dalam almari.. Jadi untuk melapangkan ruang storan, kami bercadang nak jual set jam tangan tersebut..

Sepasang jam tangan original bermuka empat segi tepat yang masih elok. Stainless steel.. Semua sama, cuma berbeza dari segi saiz dan lelaki punya ada tarikh di sebelah bawah tu (pada angka 6)..

masih dalam keadaan baik.. ehhh... saaaaangat baik :) tengok lah siapa yang simpan..

didatangkan bersama kotak guess asal yang masih tersimpan rapi.. dan jangan risau kalau tak muat jam tu sebab lebihan tali pada kedua-dua jam juga masih elok tersimpan..

penutup kotak asal yang sangat cantik..

 
sebagai hadiah, mekchu akan berikan lagi satu kotak jam guess ;p

Mekchu letakkan harga RM250 sahaja untuk kesemua barangan di atas

Harga masa beli tak ingat. Tapi dalam RM3++. Jangan risau, harga ni boleh di nego lagi. Sesiapa yang berminat sila e-melkan kepada mekchu dengan kadar segera di churalliya@gmail.com. Kita bincang2 kat sana ok.. Kalau yang dekat tu dan mahu lihat dahulu pun boleh..

Boleh lah main tukar2 jam dengan pasangan feeling macam haris dengan izzah :) #ombakrindu

Kawan-kawan mintak tolong sebar-sebar kan boleh? Siapa cepat, dia dapat.. 

Update : SOLD

Friday, December 23, 2011

Lunch tadi shopping apa pulak?

Panjang rasanya tangan bawak barang kat jasko tadi.. penuh kiri dan kanan.. nasib lah ye kalau sape2 yg terperasan tadi.. mesti cakap "kasihan pn.su.. sampai tak nampak kaki sebab bawak banyak barang"

Masa tu pulak susu habis, pampers (pakai malam) habis, puting susu koyak kena gigit.. grrrrrrr kalau tau beli siap2 masa JCARD minggu lepas...

Terpaksa lah add on sikit.. terrrrbeli kasut oren :) RM35 sahaja di Vincci..

Kasutnya lembut sangat.. sempat tu duduk kejap sambil pikir ada berapa helai baju kaler oren.. ahhh belasah je lah..

kalau matching sangat tak cantik jugak.. kadang2 kalau kontra macam ni lagi membina :) tapi harap jangan lah tiru pemakaian seperti di atas ye..

Terus pakai okehhhhhhh...

Janji selesa dan paling penting selamat digunakan ketika mengejar punch-card.. hahaha..

A Famosa Animal World Safari - Good Information

Sendiri tulis, sendiri puji good information konon.. kah kah kah..

Merana jugak hari tu carik2 info tak jumpa.. beruntunglah sape2 yang nak pegi sana lepas ni.. mekchu dah siapkan info2 penting. mekchu ni kan memang baek hati :)

Harga Tiket A Famosa Animal World Safari
Awas! Harga tiket adalah berbeza sama sekali terutama musim cuti sekolah. Harga tiket kalau nak beli terus kat pintu masuk adalah RM49 dewasa, RM39 kanak-kanak. Tapi kalau bermalam kat hotel sana, anda amatlah digalakkan beli kat hotel terus. Hanya RM35 dewasa dan RM25 kanak-kanak. Berbeza kan harga dia.. Tapi kalo nak beli gitu2 kat hotel tanpa bermalam memang tak boleh.

Map kat dalam sana.. 

Boleh la tengok sekali imbas.. ada 3 tempat makan yang korang boleh pilih.Toilet pun bersepah.. Kawasan bersih dan banyak tempat duduk..

Masa Show
Elephant Show - 10.15am & 4.30pm
Multi Animal Show - 11.20am & 3.00pm
Bird Show - 12.00pm & 3.45pm
Wild Wild West Show - 2.15pm

Sila rancang perjalanan anda :)

Masuk segala show tak perlu bayar apa-apa dah... Safari truck tu pun tak payah bayar..

Harga Penginapan
Ok, ini mungkin tak sama lah kan.. Mekchu cerita mengikut pengalaman mekchu hari tu la ehhh...

Kami stay di D'Savoy Condotel. RM388 untuk 1 malam. Apartment 2 bilik (ada 2 katil queen, dan 2 katil single). Sesuai untuk 6 org dewasa.. Tapi kami ada 7 orang, kesian abg long tido atas kusyen :)

Ada banyak lagi penginapan kat dalam tu macam Beverly Hills Condotel, Villa D'Faro, Villa D'Amour, Villa D'Lagos.. ishh banyak lah villa a.k.a bangloo untuk disewa.. tp kena cepat sbb mmg selalunya full house..

Map A Famosa keseluruhan

Simple Itinerary
Kalau korang sukakan yang simple, boleh lah jadikan sbg panduan..

1st day
12.30 pm : Sampai terus amek tiket kat hotel dulu. Pas tu terus ke A Famosa Animal World Safari. Kami berkumpul dalam pukul 12.30pm mcm tu.. Parking kat sana banyak. RM3 per entry. Kat entrance nanti kena tukar tiket tu kepada wristband dulu. Untuk kanak-kanak, ketinggian atas 90cm dah kena bayar..

1.00pm - 5.00pm : So ada banyak masa untuk jalan2 kat dalam Animal World sebab hanya boleh check-in hotel selepas jam 4 petang. Jalan2 kat dalam tu mmg tak perasan masa berlalu. Sila rujuk entry ini dan ini untuk mengetahui apa aktiviti yang boleh buat kat dalam tu.

5.30 pm - Check-in hotel.. lepak2 makan2 dan rehat2..

8.30 pm - Keluar gi carik makanan. Hujan dan makan dekat2 aje pon..

apartment yang besar dan selesa.. ok lah, siap ada dry kitchen, wet kitchen.. tp kekurangan kerusi pulak.. nampak mana mi-cah duduk?

mekchu tak de snap2 gambar apartment tau.. sbb bila masuk je bilik semua kelaparan dan seterusnya kepenatan.. masa nak snap keadaan dah berteraburan sana sini.. betul2 ada gambar mi-cah ni sekeping je :)

2nd day
9.00 am - mandi2 pool
12.00 pm - check-out

Simple kan? Bawak anak kecik mmg payah sikit kalo nak berjimba-jimba sangat.. Semua perlu ada had sblm dia meragam..

Sebagai tambahan, boleh lah tambah aktiviti untuk ke Water World untuk hari ke-2 dan ke Cowboy Town pada sebelah malamnya.

Selamat mencuba..

Thursday, December 22, 2011

Bersama henbeg baru dia

Baru balik miting ISMS kat NRE.. Selagi tak dapat pensijilan, selagi tu lah kisah ISMS akan berlegar-legar kat dalam blog ni.. isshhh macam bela hantu raya pulak #tentangdhia

Kelmarin, semalam, minggu lepas, minggu lepas-lepas papa-jit ada miting kat NRE (opis pertama dia).. hari ni bila mekchu ada miting kat sana, dia tak miting pulak.. tak pe.. tak pe.. nasib naik keta pejabat je tadi.. sambil miting, makan.. lepas miting pun makan.. kenyang perut sukahati..

Sepatutnya ada lawatan NRE the Forest (hutan dalam bangunan) tapi hujan la pulekkkk..

 

baju batik cotton.. batik pun ada cotton tau.. selesaaaa.. ehemmmm ehemmmm... nampak ke beg baru tu? saje je kabur2..

Syok gile tido kat dalam keta tadi.. bangun2 je terus segar bugar :)

Ehhh SBPA ditangguhkan erk? Baru je order kereta baru semalam.. terpaksa lah mekchu cancel order macam ni.. 

Wednesday, December 21, 2011

Gotcha!!

 
 (:

Subur lah ko wahai pokok... 

Berdebar setiap kali bawak anak jalan jauh.. setakat ni yang kecil2 aje.. belum pernah yang besar lagi... 

A Famosa Animal World Safari - Monkey Island, Bird Show, Chicken Farm & Elephant Show

Sebelum nak plan bercuti ke A Famosa hari tu, puas jugak gugel carik info pasal semua2 yg kita perlukan terutama sekali kalau bawak keluarga.. Result agak limited jugak. Harap2 lepas ni, dah boleh membantu siapa2 yang bercadang nak bawak family ke A Famosa. Kesian mekchu terpaksa redah je tanpa sebarang panduan..

Sambung dari entry Wild Wild West Show lepas. Sesudah itu, kami teruskan dengan mencari makanan dan makan secara ribut.. Boleh je kalo nak bawak bekal. Tapi tak larat nak angkut.. Banyak jugak mi-cah makan. tp elok je sekejap lepas tu dia muntah.. agaknya perut dah masuk angin.. Sebaiknya bawak lah makanan sendiri sbb kalo pukul 3 baru nak makan makanan mmg banyak yang dah habis..

Seterusnya kat sebelah tu ada Monkey Island.. Memang kagum sebab tak de sorang pun yang beratur nak naik boat.. Mana ntah semorang pegi.. Driver boat siap tunggu kitorang, papa-jit tak habis sap kok lagi..

Ke Monkey Island.. Pulau yang kecil tapi cantik sangat.. 

naik boat open gitu je.. kalo ada anak kecik, mmg kena tengok.. itu bila2 je dorang bleh terjun dalam air tu.. 

kaki memang kena letak gaya macam tu.. air siap naik atas boat.. tp serius cantik sangat pemandangan kat situ.. 

Ada monyet kat dalam sangkar dan ada monyet kat luar.. yang dalam sangkar tu tak nampak sangat sbb dinding kaca. Bila tengok monyet kat dalam tu ternampak muka sendiri yg jadi monyet.. hahaha.. Ni antara monyet bebas kat luar..


Tak banyak sangat pon.. tapi pada mekchu dah cukup best dah tu.. cuaca pun memainkan peranan penting jugak kot.. sejuk2 je hari tu.. tak berpeluh sangat.. pas tu angin tiup2 pulak kan.. aduhh duhh duhhh terasa nak buat rumah je kat monkey island tu..

jalan2 lagi kat sana.. tak de gambar ramai2.. ini je kot yg paling ramai :)

pas tu campurkan lah gambar tadi tu dengan gambar pasangan HOT ini.. 

kan mekchu dah kata tempat dia cantik.. dikelilingi air hijau yang membangkitkan suasana best.. ada pulak pangkin untuk lepak.. pergghhhhh.... sangat perfect kalau ada teh tarik :)

Ok, lepas puas tengok monyet dan monyet pun dah puas tengok kitorang, terus mahu pulang.. sementara nak pulang tu terlalu pulak kat tepi Bird Show.. walllaaa weeiii...

pun duduk kat belakang jugak sebab dah lambat.. show ni pun dah start dalam 10 minit macam tu.. 

Seriusly Bird Show ni sangat sangat best.. korang akan terpegun melihat kebijakan burung2 dlm mendengar arahan dan hampir menitiskan air mata.. dah start over la tu..

Burung2 dari spesis yang susah nak jumpa kat Asia.. semua pun besar gile.. paling best bila dorang terbang rendah sangat, ngam2 atas kepala orang.. rugi ahh dok belakang.. mata korang akan melilau pandang keliling stage tu sbb burung akan terbang dari mana2 arah yg dia suka.. cuak jugak takut dia terbang dari bawah kerusi :)

besar kan... burung tu crossing dari sebelah kanan pegi ke sebelah kiri..& dun worry, dorang semua dah well trained.. cehhhh, padahal cuak gile masa tu..

gambar tak banyak (again) sebab terlalu leka tengok burung2 tu semua.. lagi pun dah cuba snap tapi burung ntah ke mana.. nampak daun aje.. hahahaha... 

Habis je show, sambung cari jalan pulang.. sebab kalau nak balik memang kena ikut jalan kita datang tadi.. Layan mi-cah nak tangkap rabbit kejap..


Rasanya kalau cuaca panas sekali pun tak terasa kot bahang dia.. sebab ada banyak pokok kat dalam tu.. ada banyak lagi haiwan kat situ.. tp mekchu malas nak tunjukkan semua..

Depan sikit, nenek nak tengok ayam pulak.. rindukan ayam kat rumah la tuhhh... @Chicken Farm

 comel kannnnnnnnnnnn.... kalau tgk real kan, lagi comel.. 

Sebenarnya mekchu ada amek banyak jugak gambar kat henfon ingatkan nak update kat fb.. tp mekchu bz sgt.. tak de masa langsung pegang henfon :)

 mi-cah tak nak keluar dari situ..  dia terlalu taksub.. dah keluar basuh tangan, pas tu dia masuk balik.. komengaaaaaa..

cubaan mekchu.. mula2 takut.. kena gelak ngan mi-cah pas tu terus memberanikan diri.. ohhhh.. kalau lah nenek labu ada ayam sebanyak ini.. hehehe.. 

Bila ingat je dia ajak datang nak tengok anak ayam lagi.. tak de pun sebut nak tengok koboi ke, harimau ke, burung ke.. tp dia nak tengok anak ayam..

Sambung lagi perjalanan nak cari pintu keluar.. ada pulak Elephant Show.. harus lah singgah lagi kan..

 bijak.. siap bleh buat kelakar semua..

last sekali kena sembur air.. hehehe.. mi-cah ngan papa-jit basah sbb dorang kat depan :)

Ok, finally kitorang berjaya jumpa pintu keluar.. Multi-animal Show je kitorang tak dapat tengok.. Semua show tu kebetulan aje tu.. kebetulan kan lalu kat situ dan show dah start.. lagi pun mekchu memang suka aktiviti yg relek2 macam tu.. tak banyak gunakan tenaga :)

Terus menuju ke kereta dan check-in hotel pukul 5.30ptg..

Makin runcing jejari bila update entry panjang cenggini.. Ok kawan2.. bila dah tengok gambar, dah baca jalan cerita, dah faham dan dah ada gesaan macam nak pegi... nanti mekchu buat entry info2 penting pulak.. Tunggguuuuuuu....

Sebelum men'titik'kan entry, A Famosa Animal World Safari ni tak sama tau dengan Zoo Melaka :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...