@churalliya

Monday, December 31, 2012

Kerna kami punya pilihan

Saje kasi tajuk ada bunyik indon skit :)

Entry penutup 2012 mekchu nak cerita pasal abg long mi-cah la.. Tahun ni umur dia 4 tahun dan lagi 2 hari dia akan mula bersekolah iaitu pada umur dia 5 tahun (4 tahun setengah sebenarnya).. Kira halal lah kira umur genap2 terus walau pun dia lahir bulan Julai..

Sememangnya sebelum ni kami tak pernah ambil kisah pasal persekolahan dia.. Bagi kami dia masih kecik dan sila nikmati masa kecik anda puas-puas.. sebab sekali ngko dah ke sekolah, maka ko tak boleh nak mengada dan manja2 lagi.. Masa kecik hanya datang sekali sahaja..

Tercabar jugak diri ini bila tengok anak kawan2 yang lain yang lebih kecik dari mi-cah dah mula bersekolah dan dah mula pandai menulis dan membaca.. Memang kami tak nak pikir dan bandingkan semua itu kerna kami punya pilihan.. Tinggal dengan nenek labu selagi mana belum sampai masa nak pegi sekolah.. ngeee ;)

Dan bila ketika MASA itu sampai, akan ke sekolah jugak anak bujang kami itu... Itu pun kalau ikutkan tahun depan aje nak masuk kan dia ke sekolah.. tapi zaman sekarang dah tak sama dengan zaman kita dulu-dulu kan.. papa-jib tu langsung tak tadika pon..

ada jugak survey beberapa sekolah kat bandar tu.. yang dekat2 dengan opis.. 

Ada beberapa faktor jugak yang perlu dipertimbangkan.. Bincang punya bincang dan pikir punya pikir, kami mengambil keputusan untuk melepaskan sekolah di bandar dan menghantar mi-cah sekolah di kampung sahaja demi kebaikan dia yang pertama kali nak ke sekolah..

Pikir positif.. Sekolah kat mana-mana pun sama as long sekolah tu mengikut silibus yang dah ditetapkan.. cuma tak glamer la kot sekolah kampung khennnn... Tiada Genius Aulad atau Smart Reader mahu pun Q-dees juga Krista. Kalau boleh memang kami nak hantar anak ke Pre-Islamic School.. InsyaAllah, kalau ada rezeki tahun depan ye sayang...

Kalo orang tanya...
"Hantar anak sekolah kat mana?"
"Tadika KEMAS!" ~ seharusnya akan dijawab dengan rasa bangga..

Bila dah decide nak hantar mi-cah sekolah mana, baru lah hegeh pegi carik keperluan sekolah macam anak-anak orang lain..

mencari beg sekolah.. 

beg otromen jugak yang menjadi pilihan.. 

"mama, i'd told you.. no camera please..." jangan percaya mi-cah cakap omputih.. mama dia je yang berangan..

carik kasut pulak.. dia suka ada angry bird kat situ..

memang pengalaman pertama untuk kami semua..

Balik tu mi-cah tak habis-habis try kasut sambil kendong beg baru dia ke hulu ke hilir.. balik kampung pilah pun di bawaknya kasut dan beg sekolah tu..


Nenek jah (mak mertua) kata, macam tu lah perangai papa-jib masa kecik-kecik dulu.. belum mula sekolah, kasut dah kepam..

Sementara cuti bersalin masih berbaki ni, dapat lah mekchu tengok-tengok kan mi-cah...

Harap-harap mi-cah suka dengan sekolah, kawan-kawan dan cikgu dia nanti.. Dan lepas ni harus lah akan ada cerita pasal abg long dan sekolah dia pulak.. Tatau la macam mana kerenah dia nanti.. Tak sabar jugak nak tengok perkembangan dia.. mungkin akan ada ayat yang makin menggeletek dari ayat hagemaru.. kikiki..

Bila anak dah mula sekolah ni, terus terasa diri dah semakin berusia..

SELAMAT TAHUN BARU 2013 buat kawan-kawan semua..




Thursday, December 27, 2012

My Post Natal Physio Class

Tak pernah amek tahu pun pasal ada kelas physio lepas bersalin ni. Semua berlaku masa dalam wad selepas bersalin #habibinajwa 2 bulan lepas.. Pyhsiotherapist datang melawat dan berikan info pasal post natal class..

nampak menarik bukan.... RM100 untuk 4 kali kelas + 1 baby massage..

Makanya lepas habis pantang hari tu bermula lah sesi kelas pertama dan kelas kedua.. Pengalaman baru yang sangat best.. Kelas ketiga, keempat dan baby massage belum lagi..

Bila baca class, ingatkan kelas yang ramai-ramai tu.. sekali one-to-one session.. ohh itu sudah bagus.. 

Ini kelas pertama.. dup dap, dup dap lagi sebab tak tahu suasana yang macam mana.. 

 kasi timbang dulu.. tiba2 jadi ringan ~ 50kg.. biar betul penimbang ni.. nak jaga hati ke apa?

motip nak kena amek gambar dengan bola? sebab bola ni comel tapi berat..

ni fasa keboringan menunggu 'cikgu'. kebetulan ramai la pulak pesakit nak buat physio hari tu.. 

1st class buat kat dalam gym sebab kat wad physio tu full house.. best jugak sebab ada cermin dan tilam yang besarrrrr....

katil di mana excersice post natal physio akan dilakukan..

Cikgu yang ajar tu perempuan singh yang comel.. sebab dia comel lah mekchu nak pegi kelas ni.. Kelas pertama excersice yang ringan-ringan aje.. tak bleh push terus..

 guna bebola besar ni.. naik kat punggung dan perut.. 8, 8 lagi..

pas tu kemut dan kepit bantal ni.. pun 8, 8 lagi.. 

Dapat snap gambar ni sebab 'cikgu' keluar pegi jenguk patient dia yang lain..

Ada beberapa excersice yang lain.. semua memang fokus pada perut semata-mata.. aiii loike :) Sesi kelas ni ada la dalam 30 - 45 minit macam tu.. 

lepas habis excersise, terus kena tuam perut dan belakang dengan hot packs..

'Cikgu' suruh amalkan kat rumah.. kalo teringat memang buat.. tapi dalam seminit dua je gitu... 

Dan ini pulak 2nd class.. 

Appoinment petang. Tapi dari pagi dah keluar atas sebab ada misi nak carik talipon hari tu.. So, bila petang tetex dah makin bengkak. Memang bawak pam ngan ice packs siap-siap yang menjadi best friend lepas bersalin ni.. 

 mintak excuse sekejap untuk mengepam.. kikiki.. kalo tidak, memang lah tak selesa nak buat excercise.. 

ehhh sama pulak kaler baju dan seluar.. kaler je yang sama.. 

2nd class, exsercise yang agak berat sikit berbanding yang pertama dulu.. buktinya, balik tu terus rasa sakit-sakit kat perut.. 

Kalo nak perut kempis, kena lah rajin kan.. nak tiba2 kempis memang mustahil laaa... ini pun luaran je nampak kurus, tapi hakikatnya masih 'bertilamkan air'.. 

Kalau tak kempis jugak, tak pe lah kan... at least I tried.. #ayatpenyedaphati..

Monday, December 24, 2012

Talipon baru kiteeee

Setelah menimbang kilo komen-komen yang berduyun tiba dari kawan-kawan kat fb, makanya sebulat suara memilih...

Dan hasilnya tidak mengecewakan.. mekchu sukeeee :) cover agak meriah ok..

Note II. Beli kat seremban sajork dgn harga RM2369. Plus upgrade 16GB memory card + free cover + free screen protector + free antivirus. Memang tak survey apa pon. Terus naik Terminal 1 tu, gi kat kedai yang kami pernah beli blackberry sebelum ni.. So, tak pasti harga tu murah atau mahal.. Terus beli. Lagi pun papa-jib top-up katanya.. Tq papa-jib hensem :) (terus dapat hensem)

5 hari tanpa talipon ibarat hidup tak dapat makan nasik.. kikikiki..

Kalau memang dah plan nak beli talipon, mungkin ada masa nak survey dulu kot.. Macam tau2 je dah bonus kan..

harus muka tuan tanah disitu.. 

Nasib dah biasa pakai tab 10.1 dapat free yang menjadi hak milik kekal mi-cah tu.. jadi tak de la canggung sangat nak guna... 

Dan ini adalah gambar-gambar terawal hasil dari #mynewbaby

 bersama kesayangan ~ d' double NAJ. Lagi sorang NAJ tak de sebab sibuk menebas rumput..

ni pulak baru lepas makan nasi minyak yang sekian lama tak makan.. 

Ada orang kata mekchu macam Emma Maembong.. hahahaha... 1st time dengar. Kalau macam Sofea Jane selalu lah dengar.. HAHAHAHA #pitammmm.....

Dah dah.. jangan senyum lebih-lebih.. So sekarang dah boleh kembali bebas untuk berwassaping, facebooking, tweeting, instagraming.. cuma bbm-ing je yang dah tak boleh. Kepada kawan2 BBM, sila ambil maklum ye :)

BBM dihati..

Friday, December 21, 2012

Beristirehat di Ancasa Resort, PD

Berhajat nak bawak nenek labu tido hotel sebagai tanda penghargaan penat jaga mekchu sepanjang berpantang hari tu.. Booking hotel area PD sajork. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat itu walau pun kami kehilangan atok jah beberapa hari sebelumnya. 

4 hari berada di Pilah atas urusan kenduri tahlil dan mengemas rumah.. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Pagi tu bergerak dari Pilah dan terus amek nenek labu dan bibik. Kemudian kami ke Ancasa Resort & Spa. Dah lama booking sebenarnya, kita hanya merancang kan.. Dia yang menentukan. 

Sampai je Ancasa, terus masing-masing rehat dan recharge battery..

kakak nabila (anak buah papa-jib) yg snap gambar ni ~ menjawab soalan misteri kat instagram hari tu..

Aci tak orang tanya kat instagram, mekchu jawab kat blog? kikiki...

Agak-agak dah segar sikit, terus turun bawah bawak budak-budak mandi pool.. 

after a while.. 

Masing-masing tak tukar baju pun.. Itu lah baju yang dipakai dari Pilah pagi tu.. Main sarung je baju apa yang sempat.. mekchu pinjam t-shirt papa-jib :)

Abg long mi-cah sedang sibuk turun naik gelongsor.. tak mungkin dia nak layan bergambar sama-sama ~ menjawab soalan kawan-kawan di fb pulak :)

 bersama nenek labu.. happy kalau tengok parents kita happy kan.. 

1st time bawak wawa tido hotel dan dia sangat behave..

Naik bilik, siap2 nak pegi makan.. Kami makan kat Mimi Ikan Bakar. Dekat2 je ngan hotel.. 

 sekarang makan dah kembali kepada konsep kunyah2 telan.. 

bibik, nenek labu, kakak bella, papa-jib & mi-cah.. 

Makan sedap sebab papa-jib belanja :)

Esoknya layan mandi laut ngan mandi pool lagi.. Gi laut mekchu tak ikut sbb tak confident nak bawak baby.. 

 seronok mi-cah sebab ada kakak bella dia.. sikit pun tak heran mama dia terjerit2 kat tepi soh pandang camera..

teringin nak gantikan tempat kakak bella tu.. tapi......

dugong sesat terdampar dalam kolam :)

kat lobi selepas check-out..

Percutian yang lebih kepada menenangkan fikiran sebenarnya.. Syukur kerana Dia masih memberi kami ruang dan peluang.. 

Al-fatihah kepada atok jah..

Thursday, December 20, 2012

Si penggemar sayuran

Sesekali baru muncul cerita pasal mi-cah kat sini kan.. Kalau tidak dulu memang asyik muka dia aje yang menempel.. Sejak ada rival ni, maka kurang lah.. Ada ke auntie2 yang rindukan budak pipi bijik rambutan ni?

Tak de la update pasal perkembangan pon.. dah berkembang sangat kot.. hahaha..

Mekchu tak pernah bagi tahu kan mi-cah ni sebenarnya penggemar sayuran.. Dari kecik lagi suka sayur. Dia boleh habiskan semangkuk sayur tanpa kesah orang lain tak dapat makan.. Kadang2 tu nenek labu terpaksa masak sayur 2 kali.. Sawi, bayam, kangkung, brokoli, semua pun dia sapu..

Kobis dia tak suka.. sebab bagi dia kobis tu bukan sayur sebab tak kaler hijau.. hahaha...

bila dalam pantang ni dapat lah snap gmbr dia makan sayur. Selalu lepas balik keje dengar cerita dari nenek labu aje..

 dia sangat kenal dengan bau tumisan sayur.. mula lah dari depan terus berlari ke dapur dan tanya "nenek masak apa tu? sedapnya bau"

nasi agak susah skit nak makan.. sesekali ikut mood.. paling suka lauk telur mata dengan kicap manis kipas udang..

makan sekali sehari.. siang makan banyak, malam diet tak makan.. lebih kurang konsep macam ular sawa la.. bila dapat makan banyak, 2-3 minggu tak yah makan.. ehh iye ke?

Bila kita puji dia bagus makan sayur, mula lah dia nak eskyen.. lompat sana sini, berguling macam dalam Kids Superstar tu.. pas tu ajak main silat.. ehh, dia pandai tau buat bunga silat.. belajar ngan papa-jit.. hahaha.. kelakar sgt tengok dia menghafal step..

budak yang hyper dan ganas.. gambar sehari sebelum dapat adik.. 

Kalau tanya apa cara nak bagi anak suka makan sayur, mekchu hanya ada dua jawapan.. mak bapak kena selalu makan sayur dan perlu ada menu sayur setiap hari..

Wednesday, December 19, 2012

Apa saja yang dishopping online tu?

1st batch :

Dari kiri : carters romper set, CK romper, Jingle Jungle Cooler Bag Set (6 pieces Jingle Jungle Storage bottles, 3 pieces ice packs), autumnz double lock storage bag, baby soft shoes & bag letak kat stroller

2nd batch :

Dari kiri : food feeder, penny mini polka from TPL, penny petal from TPL, carters pyjamas, genie bra, headband, carters romper set, felinna inchloss, fellina vitamic C + free gift, baby pyjamas

3rd batch :
Coming soon... very soon :)

baru setengah bulan dec dah penuh transcation.. 

 Asalkan puas dan happy. Kita enjoyyyyyy (tiba2)


Tuesday, December 18, 2012

Maafkan saya

Maafkan saya seandainya WHATSAPP kalian tidak berbalas..
Maafkan saya sekiranya BBM kawan-kawan tidak berreply..
Maafkan saya andainya SMS buddies tidak berjawab..
Maafkan saya kiranya BLOG tidak berupdate..
(sama je kot maksud yang nak disampaikan)

Hanya dapat menerima CALL buat sementara waktu dan diharapkan dapat perkenalkan diri..

Ini adalah disebabkan redberry yang dah jahanam..

bukan je display yang dah rosak, siap terbalik lagi.. 

Hanya orang-orang yang mempunyai kesabaran tahap tinggi yang sanggup menggunakan talipon seumpama ini..

Dan sejak malam tadi, redberry terus gelap gelita.. tsk tsk :'(

Friday, December 14, 2012

Kembalinya Atok Jah ke rahmatullah

Hanya seminggu lebih di hospital, pada tarikh 13.12.12 (sehari selepas entry 12.12.12) kembalinya atok jah (bapa mertua) ke rahmatullah.. Al-fatihah..

Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum zuhur semalam. Semoga rohnya sentiasa ditempatkan dikalangan orang yang beriman disisi penciptanya.. 

Arwah yang sangat kuat bergurau.. Paling sedih bila teringat selalu minta tolong arwah letupkan tulang belakang mekchu.. Bila nampak arwah duduk tengok tv, mula lah mekchu datang duduk bawah lantai  sambil kedua tangan di belakang kepala.. abah tarik siku sambil lututnya ditulang belakang.. berderup derap bunyi tulang.. memang lega sangat.. 

 1946 ~ 2012

kenangan...

Terima kasih atas ucapan dan doa kawan-kawan semua.. Tak sangka kan, hari ini kita sihat. Esok lusa kita dah terlantar sakit.. 

Kepada-Nya dia datang dan kepada-Nya juga kita kembali..

Arwah mengidap kanser usus dan hati tahap 4 sama macam arwah abah mekchu dulu. Sakit yang ditahan sekian lama, hanya bila dah tenat baru beritahu anak-anak.. 

Kesihatan adalah kekayaan yang sebenar.. Hargailah ibu bapa seandainya mereka masih hidup..

Al-Fatihah.. 

Besar sungguh erti sebuah kehidupan buat seorang insan bernama Suraya Mazni, dia kehilangan bapa tersayang tatkala mendapat berita gembira --> hadirnya Micah. Sekali lagi dia diuji apabila kehilangan bapa mertua tatkala sedang gembira mengalu-alukan kehadiran Najwa. Sesungguhnya Dia menyayangi kamu wahai Suraya Mazni. Setiap dugaan dan apa yg Dia tentukan adalah terbaik utk setiap insan.
Bersabarlah dan tabah menghadapi dugaan. Al-Fatihah. ~ Rosnizam Mat



Wednesday, December 12, 2012

Entry istimewa

Istimewanya 12.12.12 seperti mana istimewanya mereka..

kedut muka kerana marah, manis muka kerana senyum.. syukur alhamdulillah..

ini memang gambar hari ini... entry istimewa kena guna gambar fresh-fresh...

Gambar papa-jit tak de.. dia sibuk keje carik duit nak beli keta baru :)

Tuesday, December 11, 2012

2 hari lepas pantang

Dah start pegang stereng keta.. Gayat gile pada 5 minit pertama.. terasa macam bawak kapal terbang.. hahaha.. 

pinjam keta laki je nok.. keta baru mak tak keluar lagi :)

Kendian terus ke kompleks kraf untuk cuci mata.. dalam pada cuci mata, terbeli sepasang cotton batik untuk bawak pergi kerja pada hari Khamis.. 

Sebenarnya carik brooch sebesar dada atau rantai berlayer-layer tu.. tapi tak de yang jual.. agak frust jugak kali kali ni sebab tak banyak yang menarik..

Shopping laju2 sebab takut budak2 opis turun.. pameran kraf ni kat bawah opis aje.. ahkak malew nak jumpa dorang lagi sebab badan masih flabby disana dan disini.. 

Kendian, gi melawat atok jah kat hospital. Atok jah sakit (bapa mertua)... dah seminggu lebih dia kat hospital seremban. Kesian dgn dia.. Badan makin kurus.. doa kan atok jah ye.. 

Kendian, singgah kedai baby untuk shopping barang baby lagi.. ye la, wet tissue tak kan nak beli online jugak kot.. melampau.. hahaha.. 

Ringkasan nya macam ni (malas nak taip dah)

wet tissue lupa nak beli.. hahahaha.. 

Kendian balik rumah seremban sebab nak pam susu.. terus simpan susu kat sana aje sebab dah tentu peties sana kosong lopong. Lagi pun peties rumah nenek labu penuh dengan lauk pauk.. Itu pun nasib dapat ruangan kat pintu peties.. tsk tsk..

Kendian siap-siap pergi berurut penutup.. kira urut lepas habis pantang.. best.. Berurut, bertungku dan bertangas.. mula2 ingatkan apa la bertangas tu.. rupanya dok dalam wap panas tu..

macam momok.. takut tak?

Serius panas.. tak suka kot bertangas gaya ini.. patut 20 minit.. mekchu 5 minit dah surrender.. suka yang dok dalam bilik tu lagi..

Leganya dah selesai berurut dan berpantang.. masa yang ditunggu-tunggu.. yeyyy... 


To Let Go : Red Mini Polka Penny from ThePoplook

Saya ada sehelai penny mini polka warna merah dari The Poplook saiz S untuk di let go. Tak pernah pakai bawak keluar rumah lagi.. Baju memang baru with new tag (NWT).

Reason to let go ~ Saya ibu baru lepas bersalin dan bf baby.. Makanya ketat sikit di bahagian dada.. 

This is my first time nak ber-penny. Dan tak tahu lagi size yang fit dengan badan ni.. Kalo dulu2 baju size S muat aje.. Tidak pada kali ni.. huawaaaarghhh...


sangat cantik tau.. mini polka adalah design yang terkini dari The Poplook (TPL)

Design ni macam goreng pisang panas kat poplook tu.. Ini pun saya 'kirim' dengan one of my fren yang berjejari pantas.. Tak percaya tengok sini.. 

Measurements when laid flat (double for full circumference):

Size S
Length: 137cm
Bust: 36cm
Shoulder: 35cm
Armhole: 20cm
Waist: 28 - 34cm
Hips: 50cm 
Fits UK size: 6 - 8

 masih dalam plastik lagi.. gambar ni tanpa flash.. 

POPPY S with new tag.. ni gambar dengan flash.. merahnya sangat cantik.. 

Harga penny adalah RM69 dan hanya tambah harga postage RM6/RM9 sahaja.. 

Jika berminat, laju-laju contact saya di churalliya@gmail.com atau facebook https://www.facebook.com/suraya.mazni

*ayat jadi skema guna saya sebab nak publish jugak kat fb Thepoplook Group.. kikiki...

Update : SOLD OUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...