asyik dok dlm draf je bab 5 kali ni.. mekchu cuba memerah otak menulis.. tapi tak keluar-keluar lak air..hihihi..
ok, semua dah baca tajuk kan.. bab kali ini pasal satu-satunya anak lelaki kami (buat masa ni.. *wink)..
ni mekchu kopi pes blk cerita masa banak kan najmi dari fotopages mekchu.. sbb nak cerita blk dah tak ingat dah..

Alhamdulillah... Syukur di atas anugerah yang tak terhingga ini.. alamak.. cane ni.. baru taip sebaris dah bergenang air mata.. Setelah 3 thn menunggu, akhirnya kami dihadiahkan dengan anugerah yg plg berharga.
Thanks to kawan2 yg dah wish dulu kat n3 sblum ni.. So, agak2 dah kuat skit ni sue upload dulu gmbr bby utk semua.. Dia keluar 9 hari lebih awal.. Sib baik la semua yg ngidam dah dpt termasuk la nak amek gmbr ngan kembar.. ekekeke..
Pagi tu sue & najib gi keje mcm biasa.. Just masa nak bgn tido tu ada ngadu ngan najib perut keras.. tp setakat keras cam tu je.. masing2 buat dunno je la.. Kol 9.30pg dh start rasa lain mcm.. t/hari tu gi hosp & doc soh blk dulu, dtg blk kol 9 mlm sbb baru bukak 1 cm.. Bila ptg, sakit dah makin kerap.. Alhamdulillah, sakit tak lama.. Dlm kol 8.30 mlm tu dah masuk labour room. Pakai segala tali pinggang tu.. Dlm kol 9, doctor dtg check dan bukak 3cm & terus pecahkan air ketuban.. Lepas tu contraction dia makin kuat dan barula sue tau apa dia 'sakit bersalin'..
Bby nama Najmi Syahputra bin Mohamad Najib. Lahir tepat jam 12:18 pagi, 17 Julai 2008 kat Hospital Colombia Asia, Seremban. Berat 3.1kg, lahir ikut pintu, bukan tingkap Skang status kami otomatik dah bertukar.. jadik papa & mama.. hik!! Semoga dgn kehadiran Najmi kehidupan kami akan lebih ceria.. Thanks to kawan2 jugak yg byk bg support selama ni..
yeaahh.. tu dia cerita 2 thn lepas.. mmg ceria pun.. teramat ceria.. hahaha.. mcm2 kan pancaroba dlm besarkan anak nih.. w/pun ada bibik, tp bila blk je keje, mmg bibik x cmpur tangan dah..
kehadiran najmi ni mmg satu anugerah yg terrrrrsangat beharga buat mekchu & bro.john.. masa thn 2007, mekchu miscariage smpai 2x.. hanya kami berdua saje yg tahu betapa luluhnya hati bila tahu berita itu.. pressure sgt bila org keliling tya soklan wajib 'bila nak ber-3?' atau 'dah ada isi ke?'..
bila dpt tau je pegnen, precaution of kos telebih.. suspen je sepanjang 9 bulan.. ohhh..indahnya masa tu.. ckp je nak apa.. oda saja.. mesti akan ditunaikan.. dan soalan2 tersebut telah pun terjawab.. skang ni soklan tu dah tukar 'bila nak tambah?' atau 'sorang je ke?..
mulut oh mulut.. kenapa la ko mcm longkang?? grrr...
sememangnya kami inginkan zuriat lagi.. siapa yg tak nak kan.. insyaAllah, kalau di izinkan Tuhan...
cerita cereti perkembangan najmi dah terlalu byk kat belog ini.. kalo ada yg nak baca, klik je kat label Najmi belah tepi tu..
cepatnya masa berlalu.. semoga najmi membesar sbg johan.. dpt kawin ngan gadis yg cantik dan kaya.. dan dpt anak2 yg comel.. mama nak ramai cucu.. hahahaha.. & hope u can make ur papa & mama proud of u my little pumpkin.. amin..