@churalliya

Wednesday, October 3, 2012

Surat Najmi yang ke-2

Outstation lagik.. well...

Najmi rekues mintak papa dia tuliskan surat lagi.. tapi kali ni dia nak tengok sendiri.. tak payah letak atas lantai lagi katanya...

Dan pagi tadi....

 mengadap tu.. khusyuk.. 

dan isi kandungan surat dia yang kedua.. kali ni ayat panjang, tapi gambar sikit.. 

Tu mula lah seharian angkut surat tu ke hulu ke hilir tu nanti.. sampai lah papa dia balik..

Pagi tadi najmi tak menangis pulak.. tapi mekchu yg meleleh air hidung lebih2.. sedih la pulak.. ye la, dah nak hujung2 sangat ni kan.. dah macam2 pulak sakit yang manja2 muncul kebelakangan ni..

Malam - sesak nafas
Tengah malam - sakit perut memulasssssss
Pagi - krem kaki

Ya, saya sedang bersabar...

Ibu mengandung juga berhak untuk kelihatan cantik dan berseri

Isu Maternity Support Belt bulan September lepas di dalam majalah Pa&Ma.. ye, agak terlewatkan untuk up kan entry ni.. tetapi kawan-kawan masih boleh je dapatkan info-info penting tu di sini..


Terus selak muka surat 32...
sila klik untuk membaca dengan lebih selesa.. ada banyak sangat info kat situ.. 

Untuk makluman kawan-kawan, belt yang mekchu dok gebang-gebang sebelum ni adalah dari supplier yang sama dengan apa yang tertera di situ ~ AppleRed Healthcare Services


Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah mencuba Maternity Support Belt ini.. moga dapat membantu kita 'membawa perut' yang makin lama makin besar itu.. 

Kepada kawan-kawan lain yang masih berkira-kira dan bercadang untuk mencuba, boleh emel mekchu di churalliya@gmail.com atau kat facebook pun boleh https://www.facebook.com/suraya.mazni. Nanti mekchu akan guide bagaimana pembelian boleh dilakukan.. Harga bagi setiap satu masih lagi RM199.90 (tidak termasuk pos)


Mekchu sekadar berkongsi pengalaman dan ingin membantu bakal ibu di luar sana.. Boleh baca kembali entry-entry lepas di sini..

Jadikan lah Maternity Support Belt sebagai kawan baik sewaktu mengandung http://churalliya.blogspot.com/2012/07/jadikan-maternity-support-belt-sebagai.html

Pengalaman sendiri ketika memakai Maternity Support Belt http://churalliya.blogspot.com/2012/07/pengalaman-sendiri-ketika-memakai.html

Tutorial memakai Maternity Support Belt
http://churalliya.blogspot.com/2012/08/tutorial-memakai-maternity-support-belt.html

Maternity Support Belt yang banyak membantu

Tempoh mengandung sepatutnya merupakan tempoh yang indah untuk dikenang, bukan menyakitkan :)

Tuesday, October 2, 2012

Indah di mata, sedap di tekak...


Italian Rainbow Cake..

Bukan nak makan banyak sangat pon.. dapat tahu ada jual satu slice macam ni cepat-cepat pegi rembat..

Dulu susah nak cari, sekarang semua di hujung jari.. Terima kasih sahabat :)

Update : Pembuat kek tidak mahu namanya dipaparkan di sini atas sebab2 tertentu.. harap maklum ye kawan-kawan..

Monday, October 1, 2012

Penyakit Fenkkkkk pulak

Ini cerita minggu lepas yang tak lepas-lepas lagi..

Ada wedding sepupu papa-jit kat Seremban.. dan mengambil peluang pakai baju raya 20 by Rizalman yang beli bulan puasa hari tu, tapi tak pakai-pakai (sbb tak de acara yang sesuai)..

Masa beli tu tengah pegnen 7 bulan rasanya.. masa tu kain boleh kancing lagi.. sekali bila pakai nak masuk 9 bulan, terus tak bleh kancing ngkoo.. nasib design baju tu besooo.. nak pakai jugak.. nanti bleh buat perbandingan ketika mengandung dan ketika selim.. ehemmmmm...

 ni sebelum keluar.. ingatkan nak amek gambar dengan abg long.. tapi alahaiiiiii.. marah nya diaaaaa...

Memang ada letak status fb pagi tu kata nak pakai baju raya Rizalman gi kenduri kawin.. mustahil pulak ipar duai ku baca status tu..

Bila sampai je rumah kenduri, terus masing2 menjerit sbb semua pun pakai baju kaler pink.. dah la tu pink yang plain cuma tone kaler je sedikit berbeda.. harus bergambar... dengan pengantin jumpa pun tidak.. hohoho.. memang tak rancang.. sebab mekchu dari rumah seremban, kak eliz dari KL dan dekna dari Pilah..

 ni kaler sebenar.. yang hari tu dah diedit kat Instagram..

 ada orang rekues amek gambar dari atas.. tak nak nampak leher berlapis katanya.. hahaha.. 

 ini apa kes la pulak.. 

masih di dalam mood photoshoot.. kah kah kah.. 

Dan gambar-gambar dari Instagram..



Perasan tak munge-munge hitam kat lengan baju tu... penat taw mak buyong menjahit..

Friday, September 28, 2012

Bila mimpi itu telah berjangkit

Di tag dari Gorgeous Stuffs page 2-3 hari lepas.

siapa yang tak teruja... ohh cantik nya henbag daku.......

Ingat entry henbag situ sana sini lepas? (dan dan buat tajuk sendiri). Disebabkan entry tu, ramai yang tidak puas hati dengan mekchu.. hahahahaa bukan salah ibu mengandung... tulunnn.. tulunnnnn.... 

 

Bukan azlina hasan tu aje..  ada ramai lagi.. ya, ramai...

Hahahaha... sekarang tak sabar nak tunggu sampai di pangkuan gebuss ku... Gorgeous Stuffs ada buat Coach Factory Online Sale untuk Fall Season yang bakal tamat malam ni.. huhuhu selalukan promo nak habis baru bg tau.. Sila lah cuci mata ye..

Tak dapat bayangkan waktu dalam pantang nanti.. konpem hari2 pun shopping barang2 baby.. dah siap-siap amek alamat opis papa-jit.. nampak gaya dia tiada halangan.. hewhewhew...

Check-up @36 weeks.. Good and bad

Ya, telah masuk bulan yang ke 9.. jeng jeng jeng.. semakin mendebarkan..

Dan semalam check-up untuk 36 minggu.. Pertama kali check-up tanpa papa-jit.. Sayu... tapi nak pikir sayu macam mengada sangat lah pulak..  Masa mi-cah dulu pandai je  pegi sorang-sorang..

Perkembangan @36 weeks of pregnancy..
1. Berat mekchu naik 0.5 kilo sahaja.. dari 60kg kepada 60.5kg.. ~ bad
2. Berat baby naik 0.25kilo.. dari 2.0kg kepada 2.25kg ~ good
3. Air ketuban semua cukup.. dalam 9.1 (tak tahu pulak dalam ukuran liter atau cm) ~ good
4. Gender baby XX (girl) ~ good
5. HB adalah teruk.. bertambah rendah dari pertama kali amek dulu.. daripada 9.9 kepada 9.6 ~ too bad!!

Doktor bagi tau, HB perlu naik sekurang-kurangnya hingga 10.6 kalau nak bersalin normal. Kalau tidak? Kalau tidak takut jadi banyak kehilangan darah... takuittttt!!! Gigil2 tangan dengar semalam.. tak tau nak share dengan siapa.. Tak sampai sebulan nak beranak dah ni...

Doktor tengok balik rekod mi-cah dulu.. Elok cantik bacaan semua 12 ke atas.. mekchu syak ni semua faktor umur...

Dapat Iberet Folic dengan Vitamin C.. haaaa telan lah hari2.. Harap dalam tempoh 2 minggu ni naik lah HB supaya tidak timbul masalah tak boleh bersalin normal... alahai, risaunyaaaa.....

Lepas tu tanya dengan kawan2 kat fb... Alhamdulillah, ramai yang membantu dengan memberikan cadangan dan pengalaman masing2.. boleh dijadikan panduan jugak kepada ibu mengandung yang mempunyai masalah yang sama..

Suraya Mazni Mekchu UPDATE : Kerang + bayam + belimbing besi + delima + habbatus sauda + jambu batu + shaklee + terlur masin + hati lembu + limpa + sangobian (ubat farmasi) + kurma + buppa gump + ikan bilis goreng + DOA.. InsyaAllah.. Terima kasih semua....

Mulai hari ni nak kurangkan minum nescafe.. ehh bukan kurang.. dah kena STOP minum nescafe/teh tarik/milo/soya.. huk huk huk.. dah la dalam pantang nanti pun tak bleh minum.. pengorbanannnnnnn.....

Alaaa.. sedih la pulak.. tengok gambar jom!!!

 yeyyy.. dapat jugak gambar 3D ni.. suka sebab hidung baby adalah mancung dan tajam gitu... ehhh yang korang pegi carik gambar mekchu tu kenapa? sentap ahhh... 

yeee... mekchu hidung buah jambu.. dan baby ikut hidung papa dia..

 dalam toilet pun sempat.... 

sakit oiiii amek darah kali ni.. 

Lepas dah habis bayar dan amek ubat, mekchu rekues mintak nak visit Labour Room.. saje nak berikan gambaran awal.. Walhal dulu kat situ je pun beranak nyaaa...

Bila tunggu kat depan Labour Room ni kan, terus naik bulu roma.. ohhhh kat sini dulu tengah tak tentu arah tahan contraction...


Lepas masuk dalam, terus ohhhhh macam tu... ohhhh macam ni... ohhhh kat sini...

Ingat-ingat lupa.. ye la, ko dah sakit memang pejam mata je masa tu.. mana nak ingat kedudukan bilik semua.. rugi sebab papa-jit tak de semalam.. tapi tak risau lah, dia konpem ingat punya..

Ada 5 bilik semuanya untuk Labour Rooms.. bilik OT kat tingkat bawah.. lepas tu mintak nurse tu bawak lawat nursery baby dan wad.. seronok dan tak sabar...

Berdoa dapat bersalin normal dan semuanya dipermudahkan oleh-Nya... InsyaAllah.. Amin... Tolong doakan saya juga ye kawan-kawan...



Thursday, September 27, 2012

Isi kandungan surat itu..

Sampai je rumah terus terkam kat mi-cah.. dia tgh layan katun.. buat2 tanya khabar macam biasa.. tak terus tanyakan pasal surat tu dulu..

Sekali dia bad mood ngko.. agaknya sedih dari pagi tak hilang lagi.. dalam hati tak sabar nak baca surat tu..

Nampak surat kat tepi dia.. sambil berborak sambil kagum sebab surat tu masih elok lagi.. tak sangka dia bleh jaga surat tu smpai macam tu sekali.. selalunya beli kan keta mainan, tak sampai sehari dah tercabut tayar.. ini sehelai kertas.. susah kot budak umur 4 tahun nak jaga... 

 nampak surat kat tepi dia tu? kemain susah nak mintak baca.. dia kata surat tu untuk dia.. bukan untuk mama.. ok, fine.. 

Pujuk dan pujuk lagi.. dan akhirnya dia bagi baca... dan ini lah isi kandungan surat yang setiap kali tengok pun dia nangis..

terkoyak sikit kat tepi.. pas tu ada kesan basah sikit.. mekchu syak itu kesan air mata anak bujang.. hahahaha.. 

NAJMI, PAPA KERJA JAUH SAMPAI HARI JUMAAT. JAGA MAMA BAIK-BAIK. BABAI ~ PAPA (siap ada lukisan.. memang dah agak)

Part jaga mama baik-baik tu dia memang tak suka.. hahaha marah btol dia bila papa suruh jaga mama.. 

Part gambar pulak best.. gambar tangan pegang beg, pas tu naik kereta siap ada asap (sebenarnya dia naik flight, tp bg tau naik kereta pejabat aje), tiba2 gambar hadiah besar.. 

Mi-cah ada tanya.... "mama, kenapa beg papa tak de roda?" dan "mana papa dalam kereta tu? tak nampak pon"

HAHAHAHAHA... 

Tak lama lepas tu dia meragam balik.. 

siap tunjuk penumbuk ok... takuittt... 

Bila nak tido malam, ingatkan dah lupa pasal surat tu.. sbb dah siap2 main kaler2 buku semua kan.. tengah golek-golek atas katil dia teringat.. Siap bawak surat atas katil sambil sebut "papa, pls jgn kerja jauh.. pls balik cepat papa" pada surat tu.. adoiiii drama sungguh... 

pandai pulak letak kat tepi sebelah tab dia.. kalau peluk nanti koyak katanya.. 

Selalu papa-jit outstation tak de drama king sangat.. entah kenapa lately ni dia berperangai macam-macam.. 

Wednesday, September 26, 2012

Set tilam baby pink ballerina

Suka sebab set tilam kekabu untuk baby yang dihadiahkan dari seorang sahabat dah sampai.. Dia pesan jangan bukak dulu sampai baby keluar.. sebab sama-sama nak seprise design dia (di beli dari Little Diva Handmade terus ke tangan mekchu)

Sekali dah nampak la pulak isi kandungan dia.. achaner nak seprise?

Mak buyong suka sangat-sangat.. pink ballerina lagi.. 


set tilam ni memang kena simpan kat opis dulu.. tak bleh bawak balik lagi.. nanti semua pun abg mi-cah yang punya... 

Terima kasih banyak-banyak onie yang prezenkan.. entah berapa ratus la tu.. Terima kasih nini sebab tidak menghampakan mak buyong ni.. ni yang tak sabar nak beranak ni..

Tiba-tiba tengok stok dah kembali banyak.. Yang dulu tu dah berjaya bawak balik sikit-sikit.. Sekarang tanpa disedari dah kembali mengumpul semula.. cuma yang kotak besar panjang tu aje yang tak larat nak angkut turun bawah.. dalam tu adalah stroller Esprit ;p (stroller pun beli online.. #pitammmm)


Ya, saya mempunyai hobi membeli online.. mujur sekarang hobi itu boleh dikongsi bersama suami jugak (berjangkit uols).. jadi dah tak takut kalau kena bebel lagi.. lalalalala...

Sekeping surat di atas lantai

Hari ni suami outstation. Malam tadi najmi rekues suruh Bapak Gonjolong tinggalkan surat utk dia kat atas lantai. Katanya nnti bangun tido dia nak baca.. 

Tak tahu apa kandungan surat tu.. yang nyata bila call nenek labu tadi, setiap kali najmi suruh bacakan surat tu, setiap kali itu lah dia akan menangis.. Tak sabar nak tengok sendiri isi kandungan surat tu.. 

Soooo suweeet lah mereka ini..

~ copy status dari FB


Patut lah kemain lama tunggu dalam kereta pagi tadi.. mana la laki aku ni.. dah la lambat.. rupanya dia pegi tulis surat untuk anak bujang dia..

Malam tadi dalam lalok-lalok ada terdengar perbualan antara 2 beranak tu..

"pa, nanti papa tulis surat untuk mi ehhh?.... pas tu papa tinggalkan kat atas lantai ni tau (sambil tepuk lantai betul2 kat depan pintu bilik) ~ najmi
"tulis surat? ok..." ~ papa-jit
"nanti mi bangun tido, mi baca lah.. papa kan nak keje jauh" ~ najmi
"aloo loo loo... meh sini papa nak cium pipi" ~ papa-jit

semakin panjang akal.. entah dari mana dia dpt idea suruh tulis surat tu.. 

Pas tu mekchu sambung tido mimpikan henbag :)

Bila call rumah tadi, najmi masih dalam mood sedih... tapi ada hati kejap-kejap suruh nenek bacakan surat tu.. lepas tu nangis.. hahaha.. kelakar lah mi-cah ni tawu..

Dan sekarang tak sabar nak tahu isi kandungan surat tu :( ehhhh tiba2 mekchu pulak yang sedih...

Sedih plusss takut sebenarnya. Takut kalo kena krem kaki pagi-pagi, takut kalo sakit perut malam-malam, dan paling takut kalo terberanak awal..

Baby, jangan keluar dulu.. tunggu papa balik ok...


Tuesday, September 25, 2012

Di sebalik sesi Maternity Photoshoot

Full version belum sempat publish lagi.. kita cerita pasal di sebalik tabir ni dulu..

Pagi tu hujan la pulak.. Janji kol 8.30 pagi, tak nak lambat konon tak nak panas2.. nanti kecairan mekap.. Bila dah hujan, plan pun agak ke laut lah..

Sudahnya pukul 10.15 pagi jugak baru kami sampai di tempat yang dijanjikan.. memang sengaja buat kat playground saje..sebabnya? Sebab utama tidak lain tidak bukan, kena fikirkan mood mi-cah.. kalo playground mungkin mood dia akan jadi ok..  playground tu pulak ada banyak pokok2 besar.. bleh buat teduh nanti.. hahaha...

mengumumkan ketibaan dato' dan datin wannabe.. hahaha.. mi-cah dah rupe the matrix pakai spek macam tu.. 

Hihihi.. dekat 45 minit jugak la cameraman tunggu.. Berdoa je tu mintak2 mood mi-cah baik-baik belaka... tahu je la anak bujang sorang aii tu kan.. anti camera..

Mula-mula mi-cah ok je.. tetapi tidak setelah dia nampak camera.. hahaha.. apsal la ngko menyampah sgt dengan camera wahai anak? mula lah dia buat perangai.. susah kemain nak dapatkan kerjasama dia..

Walhal kat rumah dah penat ajar cara senyum, cara cium perut, cara pegang perut.. tiba masa dia buat perangai.. bila degil je terus umpan kata tak nak beli kan otromen.. dengar je otromen, dia jadi ok sekejap.. Tapi itu lah, sekejap aje.. memang kena pantas.. dalam 10 shoot yang laju2 tu, ada la sekeping dua je yang menjadi..

Tak caya gambar ni..

boleh nampak tangan mi-cah hanya di sekeping gambar sahaja (out of 10)

Nasib corak polakdot.. jadi korang mesti tak perasan pusat kan.. saje nak buat keliru antara pusat dan corak polakdot.. hahahaha bijak tak?

dia dah mulaaaa dahhhh... 

sebut pasal menan otromen, dia ok sekejap.. itu je lah kot gmbar yang dia senyum.. 

Tiba part nak susun abjad, dia datang terkam dari belakang.. main baling2 kat atas rumput.. sadis kena kutip satu-satu.. Panas tau masa ni..

meragam dan terus meragam.. 

double N-ajib.. hahaha.. muka mekchu dah tension sbnarnya tu.. tapi control... 

tak pon jadi najwao... hahaha.. 

Uisshhh memang tak bleh lama.. tak sampai sejam kot.. ke sejam lebih sikit macam tu la.. cameraman pun dah basah atas bawah.. nasiblah dia faham sangat2 dengan dugaan yang dia akan lalui.. janji dapat shoot yang boleh diabadikan sebagai kenangan pun dah cukup bagus dah..

Cukup lah tu.. tunggu mi-cah besar nanti terus buat photoshoot pegang ijazah.. hahahaha..

Ohh yeee.. kepada yang bertanya.. dress polkadot mekchu adalah dari poplook :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...