@churalliya

Tuesday, October 18, 2011

Tanda-tanda penuaan

Ada kaitan dengan intro entry sebelum :)

Gigih dan bersusah payah keluar time lunch tadi semata-mata nak amek claim papa-jit kat toyota servis. Claim tow truck hari tu.

Bayangkan mekchu terpaksa korbankan masa makan, korbankan masa rehat dan korbankan masa nak tgk sofiyya kat tonton semata-mata demi claim tersebut..

Ingatkan dapat cheque, sekali dia bagi cash lorrrrr.. Haruslah masuk wallet tak keluar2 lagi.. Hahaha..

Lepas nak beli 1gram emas dah tu (dlm kepala asyik nak beli emassssss sajork). Apakah itu tanda-tanda penuaan?


Sent from my Red ® Berry

Macam-macam Altis

Dapat call dari Toyota Service. nak cakap dengan papa-jit.. Tapi sebagai pembantu peribadi merangkap bendahari rumah, terus tanya apakah sebabnya.. dan bermula dengan "tak pe, saya boleh sampaikan pesanan..."

"cheque tow truck en.najib dah lama ready ni.. boleh datang ke toyota untuk ambil"
"kalau saya pergi ambil cheque tu boleh kan.. en.najib tak de dekat-dekat sini"
~sebenarnya nak kelentong cakap papa-jit kat obersi, tapi macam ober sangat la pulak~
"kejap ye saya semak... bla bla bla... ok boleh.. puan boleh datang ambil cheque"
"tengkiu" ~senyum-senyum sambil bbm papa-jit

"papa, org toyota suruh datang amek cheque hari ni jugak"
"ok, nnti petang papa gi amek" ~dia kat kl nun
"tak boleh pa, dia kata tadi kena cepat sbb cheque tu dah lama sangat" ~ cubaan putar belit
"mama gi lah amek"
"kira duit mama lah tu kan? buat modal beli emas" ~hahaha... itu sebenarnya

terus bbm itu dibiarkan tanpa reply..

Terus terkenang kembali saat-saat susah senang bersama altis...

dapat masa tgh sarat ngandung (April 2008).. tembun sangat mekchu masa tu.. konon2 ajak pegi makan, sekali bawak gi amek keta baru daa.. seprise!! hahaha.... mekchu kan suka seprise.. dia bagi mekchu bawak dulu.. nak masukkan kunci pun terkial-kial.. penghargaan kepada ibu mengandung..

Semuanya bermula disini...

1. Raya tahun 2009 - dilanggar kambing. Copy paste dari entry i know what u did last raya lepas.. 

"Raya ketiga, keta lakiku di langgar oleh kambing lak.. ulangan, kereta di langgar oleh kambing hokey!!! mmg dahsyat kambing tu.. masing2 dlm keta dah cuak.. najmi yg tgh nangis pun leh benti kejap sbb panic.. bila toleh, relek je kambing tu bangun blk.. kalo tak, kambing panggang la kitowang mlm tu..

sib baik semua x apa2.. kambing pun ok.. cuma keta la kemek skit.. ni kira 1st time altis 'dinodai'.. huhuhu.."



2. Mac 2010 - dilanggar mamat hindia

Pun copy paste dari entry lama... Dulu-dulu lakiku merujuk kepada papa-jit..

"Kena senggol ngan mamat hindia lak.. naik moto 2 org.. janji nak byr.. kita tggu dan lihat janji hindia.. Lakiku pya kusut tok sah nak ckp la.. kena geselan halussssssssss pun dia dah susah hati.. ini kan pulak bumper kemek habis plus lampu pecah.. woo hoo.. sib baik bukan sue yg bwk.. dah byk kali lakiku soh bwk keta dia gi keje, dia bwk kenari gi putrajaya... tapi selagi parking problem parking kat sini tak settel, selagi itu lah tak rela nak bwk keta dia tu, buatnya kena gesel ngan keta org, fuiiiiii tak tau cane nak bina ayat menjawab.."


3. Mac 2010 jugak - kena langgar dengan mamat motor sengal nak mamposss..

yang ini memang tragis.. semalam tu rumah kami kena pecah masuk.. dan paginya side mirror hilang fungsinya.. dah la mekchu pulak yg drive masa tu.. kena langgar dengan mamat motor.. dia langgar kat traffic light.. memang tak boleh nak buat apa la kecuali bertukarrrrr menjadi otromen gi sepak mamat tu.. hanginnnn sangat...di samping gigilllll ketakutan takut kena marah...

4. June 2010 - Kejadian pegi naik altiss, balik naik loriss.. ohhh ini memang tragis...

mekchu gaya mcm tak sabar nak naik lori... hahaha.. driver lori tu muka jambu beb.. dah la pakai bj merah jambu.. mmg insurans tu dah sekalikan dlm pakej kot.. korang, tukarlah kepada tokio marine..

 hahaha.. ready to take off to seremban.. mahal gile gmbr ni.. tak penah ada dlm koleksi lagi..

5. Belum habis lagi... masih ada lagi kejadian suka duka kami bersama altis ini... Jan 2011 - Hole-in-one, hole-in-tyre :)



Sedutan dari entry lama.

"Keadaan motor tu nampak teruk.. tapi kalau ikutkan altis lagi teruk sebab sebenarnya motor tu yang langgar altis.. mamat tu mabuk keluar simpang.. terus meluru masuk ke tengah.. papa-jit sedang elok lak tu dlm 70-80km/j.. mmg ngam2 dia keluar je papa-jit sampai.. mamat tu langgar kat sebelah pintu/side mirror belah kiri, melambung depan mata.. terjatuh dia kat tepi.. motor tu terseret ke depan.. sebaik tak seret mamat mabuk tu sekali.."


Dan... (adaaaa lagiiiiiii) yang terakhir (memang mengharapkan kejadian yang terakhir.. lepas ni yang baik-baik saja)

7. Ogos 2011 - Altis hilang di malam raya. Ini memang panik.. dan janji kami tidak akan ulangi semula..

"Lu kalau nak pinjam gua punya kereta, lu bagi tau la der.. jangan main bawak lari senyap-senyap je der.. bikin gua panasssss.. gua tengok lu kecik besar kecik besar je der.. malam raya tu... malam raya...." 

Masa untuk bertafakur sebentar.. 

Kalau tak de entry ni, tak perasan sebenarnya bukan main banyak kenangan suka-duka yang kami dah lalui.. Update sikit-sikit, lama-lama dapat gak publish..

Sila kategorikan sebagai entry paling rajin setakat ini.. papa, renung-renungkan sambil beramal.. hahaha.. beramal bermaksud sila belikan mekchu kereta baru.. ehhh ada kaitan tak keta mekchu dalam cerita ni?

Atlis kami masih ada altis :) 

Monday, October 17, 2011

Merah macam Red Velvet

Hari ni serba merah..


Korang tak tengok beg mekap ngan sepit rambut mekchu lagi :)

Bila dah bermerah-merahan macam ni, mula lah teringin nak makan red velvet cake.. tolong seprise kan mekchu boleh?

Dah, itu aje... tata..

Sunday, October 16, 2011

Belajar pasal emas 916 (betul-betul punya)

Kesinambungan daripada entry yg mendapat kemarahan ramai tempoh hari.. dan 'semalam' yang dimaksudkan kini, tidak membawa maksud yang sama lagi :)

Tiba-tiba semalam kami berada di salah satu kedai emas yang mahsyur di seremban.. hahaha.. mashsyur lah sangat kan...

Flash back. Masa beli gelang yang hancur berderai tu harga emas RM197/gram.. kenapa la beli waktu harga tengah tinggi kan.. tak agak-agak nak survey harga emas dulu sebelum pegi tukar barang..  berlagak pandai.. main terjah je macam banyak duit..

Len kali, kalo korang nak pegi beli emas atau paling IN sekarang nak tukar barang kemas, tolong amek tahu beberapa perkara penting nih..

1. Semak harga pasaran emas semasa. Korang boleh semak di sini. Setakat hari ini harga emas adalah RM189/gram.. Dan harga dijangka mencecah RM250/gram menjelang tahun depan.. "fuhh, nasib baik dah kawin" kata papa-jit.. hahaha.. pengsan sape yg tgh cari barang kemas buat batal air semayang..

2. Sampai2 je kedai, minta amoi kedai timbang barang kemas yang nak tukar tadi tu dan culculate sendiri harga emas tersebut.

Contoh : Nak tukar gelang yang dah pecah berderai. Berat gelang 10gram. Harga emas RM189/gram. Oleh itu, harga gelang dianggarkan RM1,890. Tapi tidak bermaksud korang boleh amek gelang baru pada berat yang sama.. no no no.. mekchu pun baru belajar ni..

3. Kedai akan tolak 20 - 25% daripada harga emas tadi.
Amek balik contoh tadi.

Contoh : RM1,890 - 20% = RM378. Makanya RM378 akan ditolak daripada harga gelang yang kita nak tukar tadi. Dan harga bersih yang korang boleh claim adalah RM1,890 - RM375 = RM1,512 sahaja.. opss itu belum campur dengan harga upah tau.

4. Harga upah pulak. Selalunya bergantung kepada design sesuatu barang tu.. kalo complicated susah nak ukir, maka mahalnya harga upahnya.. Korang WAJIB kena tahu berapa banyak harga upah yang dikenakan. Selalu pelanggan tertipu di situ.. Amek contoh trade in gelang emas yang tadi tu.

Contoh lagi. Harga bersih selepas ditolak tadi RM1,512. Kalo ikutkan harga emas sekarang korang bleh amek barang berat dalam lingkungan 8gram. Tapi akan ada harga upah disitu. Selalunya kedai akan ambil dalam 7 - 10% sahaja dari nilai emas kita tu. Kalo lebih2 makanya korang kena rampas culculator dan kira semula.

Perbandingan :
Memang akan ada kerugian disitu.. Tengok sini.. Eh, baca sini...

Berat asal gelang yang kita nak trade-in tadi RM1,890 dengan berat 10g.. Dan bila beli gelang yang baru (kalau tak nak tambah duit) korang hanya boleh dapat gelang dengan berat 8g sahaja.. Itu anggaran lebih kurang kasi senang nak paham.

Kenapa begitu? Ada 2 sebab utama . Kedai akan tolak 20 - 25% tadi tu (#3) dan harga emas adalah semakin menaik dan menaik. Tiada menurun, semua menaik...

Oleh itu, kalau ada duit lebih daripada beli henbeg coach sampai 7-8 bijik lebih baik kita beli emas buat pelaburan.. Nak ulas pasal pelaburan emas kat bank tu mekchu tak pandai..

Tiba-tiba semalam..... (hahahaha baru nak sambung cerita)


Korang buat lah ayat sendiri ehhh... :)

Walau pun halusssss... tapi amat bermakna.. aaa aaa aaa aaaii sheteruu papa ;p

Saturday, October 15, 2011

Contest @ Mekchu

Contest @ Mekchu akan tamat dalam masa 5 hari lagi..

Awas kamoo.. cepat-cepat habiskan draf>publish/e-mel>dan inform mekchu tak kira cara macam mana sekali pun asalkan maksud sampai..

Contest sebagai menghargai masa, tenaga dan sokongan kawan-kawan yang telah LIKE gambar di facebook sehingga membolehkan mekchu menang di tempat ke-2..

♥ Hadiah :
Haruslah 3 keping voucher Matase Sutera bernilai RM50 akan diberikan kepada 3 entry yang terbaik dan kreatif.. Tiada nombor 1,2,3, terus pilih 3 yang terbaik..
Maklumat lanjut mengenai contest DI SINI.. SINI.. SINI...

Sila.. sila..

Friday, October 14, 2011

Yang terkini di Arissa's Choice

Lepas mekchu update pasal Doomagic Pillowcase tempoh hari, ramai yang frust tonggeng sebab stok dah habis..

Nah, berita baik untuk semua yang dah menonggeng hari tu.. Doomagic Pillowcase sekarang dan re-stock.. cepat gi order sekarang sebelum tertonggeng buat kali ke-2..

RM35 (tidak termasuk pos)
Coco the cat, Lola the bunny, Dylan the dino, Brandy the pony dan Zeke the fish.. hanjing tu je tak de :)

Fit standard sizes of pillows.
Size:80 x 55cm
  • Made from ultra-soft 100% cotton with soft poly fill in in the tails, ears, fins and feet. Doomagic Pillowcases fit standard sizes of pillows.
  • Ultra-soft 250 thread count sateen cotton sheeting.
  • Features feet and tails stuffed with premium poly fill.
  • Machine-washable,durably constructed.
mi-cah memang sangat kagum dan sayang sangat bantal nenesor dia tu.. 

Lepas tu Holabebe Pyjamas yang sangat selesa dan design yang cantik-cantik ni pun masih ada jugak.. Selesa sebab kain dia cotton. Kalau dah cotton tu memang lah selesa..

 RM30 (tidak termasuk pos)

Budak tembun ni kan memang nampak sangat k-pop bila pakai holabebe pyjamas nih.. kannnn...

Bolek klik Arissa's Choice untuk lihat pilihan lain design holabebe pyjamas yang disediakan..

Lepas tu pulak di Arissa's Choice pun ada Secret Service Shirt with Short - Mix & Match. Ya, memang boleh mix & match :) best kan...


Seluar ashkar mi-cah dah kena kencing.. so, pakaikan dia dengan seluar jeans biasa.. pun masih nampak tampan.. hahaha..

Selain tu, ada jugak....
Height Measurement Ruller - RM28 (tidak termasuk pos)

My Super Writing Board - RM70 (tidak termasuk pos)

Baby Romper Gift Set - RM38 (tidak termasuk pos)

Dan banyakkk lagiiiii....

Kalau dah namanya anak tokeh kan...

untung sangat kamoo arissa.... jeles....

Dah... tok sah berangan.. Sila ke blog Arissa's Choice kalau tak sanggup terus menonggeng.. Selamat menjamu mata okehhh...

Thursday, October 13, 2011

Spiderman terkangkang

Entry tiba-tiba semalam.... terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu, kasik laluan kepada spiderman terkangkang atas lantai ni dulu..

Dia kata dia spiderman.. Layan.


Habis stokin keje papa dia berterabur.. tak kuasa nak pasang-pasang kan balik stokin tuh.. kejap je, pas tu dia bongkar balik.. sudahnya, sorok je dalam laci.. sekarang, kena bangun awal 10 minit nak carik stokin yang mecing pagi-pagi.. hahahaha...

Tu pipi belah kiri dah lebam.. sibuk panjat meja nak bukak kipas no.5.. sekali terbenam atas lantai.. pipi tu yang cecah lantai dulu.. budak pipi tembun memang macam tu..

3 tahun 3 bulan.

Mi-cah masih tinggal dengan nenek labu dia pada hari bekerja.. ehh, bukan dia sorang.. kami juga.. yang penting dia memang berkembang dengan jayanya..

Dah berjaya poo-poo dan pee-pee dengan jayanya tanpa bantuan pampers.. nak tido baru pakai.. kadang-kadang tak payah tolong dia pee-pee pon.. dia bleh pee-pee kat bilik air dan basuh bebird sendiri.. pas tu siap cakap-cakap ngan bebird dia.. kah kah kah... 

Kenapa la malas nak tulis perkembangan mi-cah kat sini.. rugi pulak rasanya..

Belajar pasal emas 916

Ingat lagi gelang tangan yang mekchu beli baru-baru nih? Beli pun dalam keadaan kelam kabut. Pegi sendiri membawa diri.. hahaha.. ok, pegi dengan mi-cah tanpa papa-jit masa tu.. jadi, mood nak beli adalah ke laut tapi tetap nak membeli.. dan masa untuk membeli tak sampai setengah jam.. (beli sepit rambut 5 hengget pun sejam okeh)

Gelang tu kan, pakai tak sampai seminggu dah bengkang bengkok. Mungkin design dia tak sesuai jika ada anak kecik yang minta selalu didokong..

itu gambar baru lepas keluar dari Poh Kong.. mengelip...


tak sampai seminggu pakai, dah berteraburan.. 

Itu nasib baik lah serpihan emas tu jumpa kat dalam beg susu mi-cah.. ternyata, design itu sangat tak sesuai untuk wanita urat dawai tulang besi macam mekchu.. (baik pakai rantai besi je kan..)

Tiba-tiba semalam.....

Wednesday, October 12, 2011

Creepe Kurung Saiz S, eh XS pun muat lah..

Menginginkan creepe kurung..

Tapi tak tahu mana satu..
Nak beli semua tapi tak mampu..
(eceh pantun 2 kerat lagi)

Sedang memilih sepasang baju sebagai hadiah sebab menang contest tempoh hari. Ini adalah koleksi yang still available di Butik Matase Sutera.. mekchu pakai saiz S (perlu ke beritahu?)
 
Creepe #1

Creepe #2
 

Creepe #3

Creepe #4

Creepe #5

Tapi chiffon pun ok jugak. Cuma perlu pakai inner..

Chiffon #1

 
Chiffon #2

Chiffon #3

Chiffon #4

 Chiffon #5 

Aduh pitammm...  nak suruh pilih satu pun susah erkk..

Korang yang baik hati, tolong pilihkan satu.. nanti mekchu pakai time kita keluar deting.. boleh?

Cantik kannn... Korang kalau nak dapatkan baju ni pun boleh.. Join contest mekchu dan pasti korang pun boleh dapatkan sepasang.. Boleh kita pakai sama-sama keluar deting nanti (saje sebenarnya tayang baju buat pembakar semangat masuk contest)

Tinggal lagi seminggu.. habiskan draf tu dan publish cepat-cepat :) Kan dah ada contoh karangan cikbedah tu.. susah okeh nak jumpa contest yang siap bagi contoh karangan.. 

Klik DISINI untuk maklumat contest.. mekchu menanti penyertaan kawan-kawan dengan penuh debaran.. Kepada yang dah join, terima kasih banyak-banyak.

Contest @ Mekchu

Seperti yang telah dipukul canang sebelum ni.. dan akan menjadi entry melekat lebih dari 2 hari rasanya..

Contest nya tak susah sangat, tapi tak jugak senang sangat.. yang sedang-sedang saje... Memerlukan skill mengarang ayat.. hahahaha.. sape yg terror mengarut dan melalut, konpem sap sap soii je..


♥ Tajuk :
Korang letaklah tajuk ikut suka asalkan ada perkataan MEKCHU pada tajuk.. motip?

Sila karang satu entry yang ringkas (sekurang-kurangya 2 muka surat.. hahahambek) dengan menjawab soalan-soalan seperti di bawah :
♥ Apa pandangan korang mengenai seorang gadis ayu yang bernama mekchu?
♥ Apa yang best@tak best mengenai blog kuning oren ni?
♥ Entry macam mana yang korang suka/layan kat blog mekchu?
♥ Cadangan untuk tambah baik blog kuning oren
♥ Kenapa korang nak menang voucher RM50 dari Matase Sutera 

♥ Contoh karangan yang dah siap daripada cikbedahkuatgossip. Pantas betul dia mengarang kan...

Pada pandangan mata cikbedah, mekchu tu bila kat luar dan bila kat dalam gambar berbeza sangat.. kat dalam blog nampak cantik dan ayu sangat, bila kat luar comot gile weiii... rambut kusut masai, muka pucat.. bla, bla, bla (lagi korang ikhlas, lagi banyak markah disitu). Tapi tak tahu kenapa suka sangat bila tengok dia pegang dulang.. hahahha (pas tu cikbedah pun tepek gambar mekchu pegang dulang)

Mengenai blog kuning oren tu pulak, dah 2 tahun aku nengok dia pakai template yang sama.. header pun sama je konsepnya, cuma tukar gambar je.. itu pun setahun sekali.. tapi yang best pasal blog mekchu tu sebab dia ada letak link blog cikbedah ni.. itu yang cikbedah suka sangat tu...

Cikbedah suka sangat bila mekchu buat entry masakan dia.. rajin betul dia memasak dan paling best dia sikit pun tak kedekut nak share resepi. Lagi satu suka bila mekchu cerita pasal bibik dia sebab terus teringat bibik yang curik rantai emas cikbedah 3 tahun lepas. Dia letak rantai cikbedah tu kat dalam kek. Kek tu konon-konon nak bawak balik indon bagi anak-anak makan.. Frust cikbedah ni taw..

Tiada apa yang perlu ditambahbaik (kena tolak markah).. semua pun dah ok.. cuma cikbedah harapkan ada lebih banyak ruangan gossip la.. bagi cikbedah, hidup tak ceria tanpa gossip..

Mata cikbedah ni dah bernanah dan berdarah nengok asyik mekchu je yang pakai baju2 cantik dari Matase Sutera tu.. dia bukannya cantik pon, harapkan baju je cantik... Jadi, disebabkan cikbedah lagi cantik maka cikbedah lagi patut sarung baju-baju cantik tu... sebab itu lah cikbedah nak menang RM50 tu buat top-up nak beli baju.. nanti bajet RMK11 lulus, terus cikbedah gi order caftan creepe, nak pakai raya haji nanti :)

♥ Tips :
Haruslah entry yang paling ikhlas, dan cara penyampaian yang paling kreatif mempunyai peluang cerah nak menang.. Bila sekali baca, hati terus tergoda :)

♥ Tarikh tutup :
Contest @ Mekchu akan tamat pada jam 12 tengah hari 20 Oktober 2011 dan pengumuman akan dibuat seminggu selepas tu.. 

♥ Hadiah :
Haruslah 3 keping voucher Matase Sutera bernilai RM50 akan diberikan kepada 3 entry yang terbaik dan kreatif.. Tiada nombor 1,2,3, terus pilih 3 yang terbaik..

♥ Cara Penyertaan :
Asalkan korang dah LIKE gambar rama-rama besar didada kat facebook hari tu, maka korang adalah layak untuk join..

Kalau ada blog - boleh buat entry dan pandai-pandailah inform mekchu yang korang dah siapkan entry tu.
Kalau tak de blog - boleh emelkan karangan yang dah siap di churalliya@gmail.com
Kalau tak de penyertaan - maka akan bertambah la lagi koleksi baju Matase Sutera ku...

Sukaaaa....  Nak bagi voucher RM50, harus lah bersifat agak nakal suruh korang buatkan entry :) Sambil dalam hati berkata "itu baru RM50, belum RM500 lagik" (ehh ada ke yang nak bagi voucher RM500?)

Sekali lagi, ini adalah contest sebagai menghargai kawan-kawan semua yang telah LIKE gambar mekchu sehingga membolehkan mekchu menang di tempat ke-2.. Kamoo, kamoo dan kamoo semua adalah sahabat saya sepanjang hayat.. amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...