@churalliya

Monday, July 30, 2012

10 Ramadhan ~ baru ada 1 masakan

Ngeh ngeh ngeh.. (gelak sambil bahu ternaik-naik sedikit ke atas)

Ok lah 2 jenis sebenarnya.. tapi 1 lagi tu cekodok tepung je tanpa pasangan masa kat pilah hari tu.. tanpa pasangan makna dia tak masak sekali dengan sardin sebagai regu baik dia.. kira tak dapat markah penuh disitu.. so disqualified!

Memperkenalkan cheese sosej roll bersalut oat ala canggung.. hahahahaha...


Nak buat sosej roll aje pon.. tapi siap print resepi sekali dgn gambar step by step.. siap kena gelak ngan opismate.. hahaha.. pas tu resepi cakap salut dengan bread crump.. cemas bila tak jumpa kat kedai..

Belasah tukar bread crump kepada oat dan tambah cheese.. nak tengok apa jadi.. sekali bila potong meleleh cheese dia.. tersangat lah bangga.. hahaha.. tepuk la sikit..

Ehhhh... ada yang nak mintak resepi ke?

Hari-hari balik rumah mak dah siap masak main dish.. Tak kan nak masak lagi kan.. tak elok membazir.. So, just tambah sikit2 aje sebagai sampingan.. I love u mak :D

Sampai rumah pun selalunya dah pukul 6.30 petang.. mandi, solat semua dah pukul 7.. masa untuk #devajudikinabalu la pulok..

Sementara tu, jom tengok apa kerja 2 beranak nih.. sila tutup mata sebelah ok..


Sampai sekarang mekchu teringin sangat nak naik kereta tu.. special sebab dia bleh gerak sendiri.. tak sabar pulak nak tunggu baby keluar.. ^_^

Thursday, July 26, 2012

Pengalaman sendiri ketika memakai Maternity Support Belt

Dah janji kan nak buat testimonial..

Baiklah, baru-baru ni mekchu ada buat entry pasal mari mengenali kawan baik mekchu ketika mengandung iaitu Maternity Support Belt. So, kali ni nak dedahkan pulak pengalaman sendiri bila dah pakai 'kawan baik' ni..

Tak perlu nak bangun awal 10 atau 20 minit semata-mata nak pakai 'kawan baik' ni.. Sambil2 panas enjin keta pun sempat pakai kot.. korang mekap lagi lama taw..


Bila dah masuk 6 bulan ni, berat betul nak bawak perut bila berjalan.. itu belum masuk 3rd trimester.. kalau lah perut ni boleh bukak dan pasang :D

Baru-baru ni ada sesi Executive Talk kat bawah opis ni.. dengar je 'talk' dah agak mesti lama punya kena duduk kan.. kalo dah duduk lama tu konpem lah sakit pinggang.. mekchu dah ambil langkah bijak.. hari tu datang keje dengan berbekalkan 'kawan baik' :) siiiikiiiit pun tak heran orang tu nak bagi talk berapa lama pun.. tiba2 je 'ehhh dah habis?'.. walhal ada la dekat 3 jam kot duduk dalam tu.. apa ada hal, pinggang mekchu telah dilindungi... ngeeee ^_^

Lepas tu tak de rasa trauma rasa nak wiwi selalu.. risau jugak kalau kena keluar masuk asyik nak wiwi kan..dah lah duduk bahagian tengah kategori hadapannlah jugak.. kalo nak keluar boleh mengganggu perasaan orang lain kot.. asyik pandang ngkooo je keluar masuk pegi toilet.. tapi sepanjang 3 jam tu tak de rasa langsung perasaan nak wiwi.. hebat hebat...

ce carik mekchu.. itu kalo asyik bangun duduk pegi toilet, konpem ramai yang tension :D

Pakai terus sampai ke petang.. waktu solat pun pakai dan memang terasa kelainan sangat sangat.. bila bangun duduk masa solat tu laju je.. kalau tidak mekchu perasan jugak bila tahyat awal nak bangun balik tu agak mengambil masa jugak.. tapi bila pakai 'kawan baik' ni, laju macam anak dara.. ehhhhh?

Lagi satu kan, bila pakai 'kawan baik' ni nak monitor pergerakan baby pun senang.. sebab dia kan ngam-ngam kat perut, so mudah untuk rasa bila baby tu bergerak.. memang satu kelegaan bila tahu anak kita kat dalam tu sihat dan aktif kannn...

Terima kasih Maternity Support Belt.. mekchu memang telah jatuh chenta pada nya..


Bukan perasan pun kalo pakai.. dan tidak akan menjadikan perut bertambah besar atau bertambah kecik pon.. nama pun SUPPORT kan.. Jadi, ia hanyalah untuk MENYOKONG atau perkataan sama erti MEMBANTU.. ya, membantu ibu-ibu mengandung dalam menjalani kehidupan/aktiviti harian supaya lebih selesa...

Harga bagi satu set adalah RM199.90 sahaja. Harga itu sebenarnya sangat istimewa tau.. Belt ni memang dicadangkan oleh kebanyakan doktor O&G dan agak susah jugak nak dapatkan stok. Kalau survey kebanyakan harga yang agak tinggi dari itu. Kalau berminat, boleh e-mel mekchu di churalliya@gmail.com. Kita boleh borak2 panjang kat sana.. Kalau segan nak e-mel, kita borak kat fb pun boleh.. https://www.facebook.com/suraya.mazni

Jadi kalau ada kaum bapak-bapak disini, sila hadiahkan Maternity Support Belt ini kepada isteri anda.. nanti kalo si isteri dah mogok tak nak beranak lagi baru tau.. apa salahnya kalau tunjukkan sikap kasih sayang dan menghargai isteri anda time2 dia sarat.. tak kesian ke tengok orang rumah tercungap-cungap membawa perut?

Pesanan mekchu, cuba jadikan Matternity Support Belt sebagai kawan baik semasa mengandung.. korang memang tidak akan menyesal..

Peace uols...


Wednesday, July 25, 2012

Dress Maxi labuh untuk Hari Raya ini

Mereka dah setel dah tempah baju melayu.. mekchu masih klik sana, klik sini lagi (online katanya).. owhh tahun ni tak boleh nak melaram macam biasa #sedihdalamgembira

 tahun ni abg mi-cah dah pandai main kan peranan.. tak yah mintak guide mama kat tepi lagi.. 

 mula la tu buat muka malew2 dia.. menyampah....

Macam biasa, kain beli kat Jakel dan tempah baju kat Victor's Tailoring.. orang seremban dah tahu sangat kedai tu.. Victor tu pulak asyik puji mi-cah hensem, lagi lah tak keruan budak tu.. suruh angkat tangan, dia angkat kaki.. hahahaha...

 tak caye cuba tengok muka budak kecik tu.. tapi jangan gelak kan dia depan2.. kena tahannnnn je... 

Kendian turn abang bina badan ni.. hahaha Victor kata papa-jit badan sangat tough  (dia nak maksudkan gemok lah tu, tapi nak jaga hati customer kannnn)

untuk itu, biarlah tunjuk gambar belakang lelaki tough ini sahaja.. #pitammmmm

Tahun ni warna-warna bumi lagi.. dan lagi.. dan lagi.. tahun lepas kelabu, tahun ni coklat.. tahun sebelum2 tu hitam.. ohhhh pehlisss tahun depan kasik girl generation pulak yang pilih kaler ok....

Cadang memang nak berjubah aje tahun ni.. bukan jubah macam makcik2 tu.. jubah maksud di sini dress maxi labuh tu.. tak nak beli baju pegnen lagi.. kalo dress maxi boleh pakai ulang2 kot.. PopLook dah tengok, Zalora pun dah tengok.. tapi tak de yang berkenan..

Cadangan.. pehlissssssss...

Kalau dulu awal2 dah siap sedia 8 pasang, tapi tahun ni sepasang pun tak dok lagik.. sedddehhh...

Tuesday, July 24, 2012

Me @25 weeks

Gambar masa kat pyramid minggu lepas.. kiranya sekarang dah 26 minggu.. mula-mula elok je peace abang mi-cah kat atas.. tiba-tiba dia kata nak kiss perut terus peace dia menjunam ke bawah :) 

Ohhh i'm so touched..


Alhamdulillah, ibu mengandung ni dapat puasa penuh setakat hari ni..

Dah berpuluhan tahun kot tak dapat nak puasa penuh.. Sebab tu nak kuatkan jugak diri ni untuk gunakan 'peluang' yang ada :D Harap-harap sampai hujung Ramadhan..

Selamat berpuasa semua.. Jangan tayang gambar makanan sangat.. nanti beby bergonjeng nak mintak makanan.. achaneeee????

Saturday, July 21, 2012

Dari 3 bulan hingga ke 3 tahun

21 Julai ~ Hari ni tepat-tepat setahun bibik Ita balik Indon.. Dan sepanjang itu lah kami tak pernah lupakan bibik.. Entry ini hanya untuk mengenang kembali kenangan kami ketika bersama bibik kami, kakak ita.. sorry ehh kalau korang tak suka.. ampunnnn awal-awal..

Senang nak terkenang-kenang semula nanti.. dan senang jugak nak bagi link ni kat bibik.. dia tahu tau guna internet, facebook tu semua.. mekchu memang panggil dia dengan panggilan 'kakak ita' sahaja.. ntah, selesa macam tu..

Bila kami keluar mana-mana, kalau nenek ikut, mesti kakak ita pun akan ikut sama.. dia ikut je nenek labu.. ye la kan.. kalo nenek labu tak nak ikut, tak kan dia menggedik pulak nak ikut kitowang..

makan nasi ayam penyet ria kot masa ni.. kat nilai..

bawak kakak ita pegi midvalley.. 

lepas tu singgah putrajaya.. kagum betul dia tgk putrajaya...

ntah kenapa macam baru terperasan gambar ni dan terasa tersentuh.. masa ni mi-cah 1 tahun 8 bulan..

kat Nilai 3.. bulan puasa masa ni.. 

bawak dia bukak puasa kat Avillion, PD

Ada banyak lagi.. kalau letak semua mau tik tik tik air mata ni nanti..

Bibik tu sebenarnya memang nak keje balik dengan kami.. tapi suami dia tak benarkan.. susah jugak kalo tak dapat izin suami ni kan.. jadi isteri durjana nanti.. lagi pun dia ada 5 orang anak kat Surabaya sana yang perlu diuruskan.. Dah 3 tahun tinggalkan suami dan anak2..

Sepanjang 3 tahun bekerja dengan kami, tiap2 bulan kirim uwang kat Surabaya dan dah dapat modal untuk bukak kedai bakso dia.. Alhamdulillah, kami tumpang gembira.. Tiap kali call pun mesti dia tengah sibuk melayan pelanggan di kedai..

Rindu sangat dengan kakak ita.. Walaupun kami dipertemukan sebagai majikan dan pembantu rumah, tapi tiada jurang langsung antara kami.. Emak sayangkan dia macam anak sendiri. Mekchu sayangkan dia macam kakak sendiri.

Pendek kata, dari mi-cah tido gaya ini...


Hingga lah gaya ini..
Lap air mata :'((

Lattest update : Alhamdulillah, kami telah dipertemukan dengan bibik yang baru setelah melalui pelbagai dugaan (nanti story).. walau pun tidak sebaik dan sehebat kakak ita, namun kami tetap bersyukur.. harapan agar dia akan berkerja lama dengan kami.. Dan dapat temankan nenek labu di kampung.. Itu lah harapan ibu mengandung ni..

Kenapa kami terlalu sayangkan bibik ita ni? dan tiap kali baca entry perpisahan ni mesti nak meraung..

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Menjelang je Ramadhan mesti bergenang air mata bila teringatkan arwah abah..

Jom kita sama-sama rebut fadhilat Ramadhan yang muncul setahun sekali ni.. InsyaAllah, kalau diizinkan mekchu nak puasa penuh..

Tahun ni sambut puasa kat Pilah with lurve :) Jom solat terawih...

Tudung Cantik2 di Farrina Basics

Tengok je tanpa kata apa-apa..


Kalau nak cuci-cuci mata tengok tudung 2 layer dan 3 layer cantik-cantik (with brooch), sila jenguk di fan page Farrina Basics dengan klik link ni https://www.facebook.com/pages/Farrina-Basics/264872240284220

Konpem cunggg raya ni :)

Thursday, July 19, 2012

Bawak pegi meluncur di hari lahir

Ini semua pengaruh tv lah ni.. dah dia mintak nak pegi meluncur.. mana nak chaikkkkk salji kat malaysia ni anak oiiii... lain lah kalo papa nak bawak kita pegi obersi kaannn... ok, tahun ni tak boleh tapi tahun depan dah boleh :D

Macam biasa sebagai menghargai hari lahir kami anak beranak, kami akan apply cuti.. sebab masa tu aje papa-jit akan rela kalo nak bawak bejalan.. 

Tak de tempat nak meluncur, jadi kami decide pegi sunway pyramid sajork.. sekurang2 nya dapat suruh mi-cah tengok sendiri orang main ice skating.. nak bawak dia main kat dalam tu tak boleh.. lagi pun kami sendiri tak pernah ber ice skating.. ini kan nak bawak budak.. 

nasib baik mi-cah kagum.. jadi tak de la rasa bersalah sangat.. pas tu ajak turun dekat.. 

smpai je bawah, lain pulak jadi nya.. 

Bila nampak je tempat game ni terus tak heran ngan org yg 'meluncur' tu.. layan dia main game sampai 1 jam.. #pitammmmmm.. 

Sementara tu mekchu survey kedai2 kat pyramid ni.. survey kat tab lorr.. dulu bukan main expert sebab tinggal kat USJ je.. memang selalu datang sana.. dinner pun kat pyramid kannn.. bila dah ada wing baru dah pening kepala.. ni kalo budak2 Heitech baca ni ada yang kena sound apsal tak roger dorang.. tak pe, dah prepare nak jawab apa dah.. 

Survey tempat makan dengan Cotton On Kids aje pun.. 

Lepas makan, layan anak beranak berasap.. ehh papa-jit sorang je yang berasap.. kitorang berdua layan singa..



Beli selai dua t-shirt mi-cah kat Cotton On Kids, terus beredar.. tak tahu nak carik apa.. nak beli baju pegnen dah banyak.. nak beli baju raya, dah ada berhelai-helai.. tak baek membazir.. 

Tapi sebelum balik...

our small family..

dia di hari lahir yang ke-4

dah sama besar... baru lah sepadan :D

really loved this spontaneous action ^-^.. nak buat profile picture lah (gedik)

Tak terus pulang.. papa-jit bawak gi carik jam mi-cah kat Petaling Street.. what? ibu mengandung di Petaling Street? ya betul... 

kepenatan dan ketiduran bersama jam baru dia.. 

Heboh sangat nak jam macam tu lepas dia nampak papa dia pakai.. siap pinjam jam papa dia tu.. hahaha agaknya dah tak tahan selalu kena pinjam, terus singgah Petaling Street carik jam.. mi-cah nye jam tahap PS sudaaa.. 

ce tengok dia pinjam jam papa dia.. dah la papa ngko tak de jam.. muka sentap.. hahahaha..

Kalau tidak, tok sah harap lah papa-jit tu nak singgah menyinggah ni.. moncong dah bleh sangkut baju kalo ajak pegi 2-3 tempat.. hahaha.. tapi nak selamatkan jam punya pasal, redah pun redah lah.. 

Ok, sampai rumah baru tiup lilin dengan nenek dan bibik.. (dah dapat bibik baru, nanti story)


Dah 4 tahun pun anak bujang kami ni.. masuk 4 tahun baru diberi rezeki untuk berikan dia 'kawan'.. Rezeki masing-masing kita tak tahu kan.. Syukran... syukran.. 

Baik buruk perangai kamu biarlah mama dan papa kenang sampai bila-bila.. ehhh, dah lama tak buat entry pasal mi-cah kan.. bila buat entry pasal budak k-pop sorang ni, lepas tu konpem hits tinggi..  tak dinafikan, dia memang lagi glamer dari mama dia.. tsk tsk tsk..

Terima kasih kepada auntie2 yang comel2 sbb wish birthday mi-cah hari tu.. nasib dia tak de account fb, kalo tidak penuh wall kalahkan omak ehhh..

4 tahun sudaaaa..

1 tahun.. tak pandai apa pun lagi masa ni.. 

2 tahun.. sponsored party oleh Drypers :)


4 tahun.. dah pandai macam-macam.. 

Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang untuk bersama-sama anak tersayang pada hari lahir.. tiada majlis yang meriah, tiada hadiah yang mewah dan tiada kek yang indah.. apa yang dapat mama dan papa dapat berikan hanya lah doa yang terbaik untuk kamu Najmi Syahputra..

Tahun depan dah boleh celebrate kat school kot..

Wednesday, July 18, 2012

Ini betul2 terapi

Semalam dan hari ni cuti. Semalam bawak mi-cah si birthday boy pegi meluncur dan hari ni mmg saje cuti dgn penuh hasrat, cita-cita dan misi.. Hahaha..

Hari ini ada Aeon Day Card (J-card day) kat seremban dan terus buat facial.. Ya, mekchu layan kepala sorang2 je.. Tidak kah itu terapi terbaek utk ibu mengandung?

Sent from my RedBerry®

Tuesday, July 17, 2012

Happy 4th birthday my little pumpkin

Semoga jadi anak yg soleh, baik, pandai, mendengar kata, hormat org tua dan rajin jaga adik :)

Mama dan papa sayammm abg mi sangat sangat sangat sayamm sangat sangat sangat (tiru ayat dia, mmg byk sangat, sangat)

:D
Sent from my RedBerry®

Monday, July 16, 2012

Jadikan Maternity Support Belt sebagai kawan baik semasa mengandung

(Sticky entry for 48 hours)

Badan mekchu ni kan kurus (lah sangat).. memang terasa lah perubahan yang drastik bila mengandung.. Kaki yang kecik, perut yang kempis dan pinggang yang ramping sebelum ni mengalami perubahan mendadak.. ce bayangkan..

Dan mekchu pasti bila dah masuk 3rd trimester mesti ramai ibu-ibu yang sudah mula rasa kurang selesa.. terutama bila perlukan pergerakan yang banyak.. dan bila malam tu mula lah mintak bantuan urutan di situ dan di sini.. kannnn kannnn..

Macam mekchu kalo kat opis memang bangun-duduk, duduk-bangun aje kijenya sebab cecah je montot kat kosi dah bunyik tipon ada orang mintak tolong.. lepas tu semua pun jenis urgent kannn.. so kena lah bangun carik technican untuk resQ.. bila dah galak sangat bangun-duduk, duduk-bangun macam tu, memang terasa sengal kat bahagian bawah.. sampai kadang2 tu kena pegang perut sambil berjalan :(

Syukur sebab mekchu telah diperkenalkan dengan satu produk ni oleh seorang kawan.. Maternity Support Belt yang memang sangat membantu.. lajuuu je pergerakan tanpa mengadoi sana, mengadoi sini..

Jadi nak share dengan kawan-kawan mengenai Maternity Support Belt ni..


Memang disarankan oleh kebanyakan doktor (O&G) bagi mereka yang mengalami sakit di bahagian belakang, uri terletak di bawah, yang kerap buang air kecil, mengelakkan kelahiran bayi sebelum masa dan yang penting untuk keselesaan membuat kerja harian.

Maternity Support Belt ni membantu para ibu menyokong pertambahan berat baby dan pembesaran perut dengan cara semulajadi. Bila pakai je, otomatik akan jadi selesa.. macam ada org yang tolong bawak kan perut kekdahnya :D

Atau dalam bahasa omputih lebih kurang macam ni bila mekchu translate :)
♥ Ease the strain of pregnancy, be pregnant and comfortable too
♥ Lifts the abdomen to achieve relief from sagging weight and leg pain
♥ Expands to accommodate baby's growth
♥ Helps relieve discomfort in your back, abdomen and legs
♥ Prevention of the pre-term contractions

Di datangkan dengan 3 item.

 1. Abdominal Lift

 2. Belt

3. Top Strap

Cara pemakaian pulak sangat senang.. sap sap soi je dah siap...




Kena pakai direct dengan kulit tau.. jangan risau, tak perasan pun bila pakai baju.. Terdapat dalam 2 saiz.


Pakai lah berapa lama pun yang kita suka.. jangan risau, tak efek langsung pada baby sebab ini bukan produk yang ada infrared ke apa.. Ini hanya produk untuk sokongan sahaja..

Mekchu sendiri dah cuba dalam 2 minggu macam tu.. memang terasa kelainan dan buat kerja pun serba pantas.. nak jalan kepit pun boleh.. tak macam ibu penguin lagi :D

Harga bagi satu set adalah RM199.90 sahaja. Kalau berminat untuk dapatkan Maternity Support Belt ni, boleh e-mel mekchu di churalliya@gmail.com. Kita boleh borak2 panjang kat sana.

Memang berbaloi demi kesihatan kita semasa mengandung.. Tak de siapa yang boleh bantu semasa ketidak selesaan kita tu. Husband? Dia tolong tengok boleh lah.. yang membawak perut tu kita..

Mekchu dah jadi kan Maternity Support Belt ni sebagai kawan baik.. Next entry mekchu akan share pengalaman dan perubahan bila pakai 'kawan baik' ni..

Check it ouuuutttttt...


Friday, July 13, 2012

Bantal itu adalah bantal hadiah

Hadiah dari memang contest baru-baru ni. Bila dah dapat bantal dari Little Diva Handmade terus rasa kedekut nak bawak balik bagi mi-cah..

Tapi dah bagi tahu pulak pada abang mi-cah yang dia menang. Siap sama-sama pilih nak bantal mana.. Sekarang mama ngko dah berubah haluan..


Korang senyap2 jangan bg tau dia tau.. syok pulak layan bantal comel ni kat opis :D

Thursday, July 12, 2012

Semangat nak menang 17K

Kami (laki-bini) memang peminat setia JOHARA pagi di Era.. memang menceriakan pagi kami.. kadang2 tergelak sampai meleleh air mata.. sengal btol dorang tu.. paling suka of kos lah watak mak jemah.. konpem terkekek gelak.. Siapa yang cantik, siapa yang manissssss? haa jawab..

Sekarang teka bunyi dah sampai 17K.. masih tiada yang dapat teka bunyi tu.. tapi kami tahuuuu bunyi apa (agaknya lah) sebab belum ada orang yang teka bunyi tu lagik..

Dan tetiap pagi dengar je isyarat memanggil, terus laju dail.. tak pernah nya dapat.. hukk alohhh.. tapi semalam dapat ringing tapi tak de orang angkat lah pulek..

Line busy memanjang.. bila dapat ringing tu cemas pulak tiba2.. 

Aisehmen, kenapa pulak mekchu harus share peluang ni ngan korang kan.. habis lah makin ramai pencabar macam ni.. ngeh ngeh ngeh... pencabar nak dapatkan ammar #devajudikinabalu dah kurang, pencabar teka bunyi pulak yang bertambah :D

Mana nak chaikkk (mana nak carik) duit banyak macam nih weiiii!!

Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight

(Sticky entry for 48 hours)

Sejak kecik lagi rasanya dah kenal dengan produk Sunlight ni.. produk apa yang emak kita gunakan kat rumah, mesti kita akan ikut bila dah berumahtangga.. sebab dah percaya dengan keberkesanannya kannnn...

Setiap ibu mesti mahu kan produk yang terbaik untuk diri dan keluarga.. terbaik dari segi harga, disamping dapat menjimatkan masa dan tenaga.. sekarang semua nak cepat.. bila malam tu, itu lah masa nak luangkan dengan keluarga kan.. Kalo nak basuh pinggan pun terhegeh-hegeh, sebab susah nak hilangkan minyak atau kena basuh 2-3 kali sebab pinggan berbau sabun, memang anak-anak dah tido dulu lah jawabnya.. Kalau anak2 tido dulu ok lagi, kalau suami? ehhhhhh?

Bab pilihan produk pencuci pinggan, mekchu memang akan pilih Sunlight.. dari dulu dan selamanya.. Sebab setiap botol Sunlight mempunyai kuasa menghilangkan minyak lebih daripada 100 biji limau. Hasilnya, kerja mencuci pinggan mangkuk boleh dimudahkan dengan usaha minima, prestasi maksima.

Baru-baru ni, Squad Sunlight telah datang sendiri ke rumah untuk menyebarkan lagi kegembiraan yang diperoleh melalui usaha minima untuk kerja-kerja mencuci pinggan dan mencapai prestasi maksima, tanpa tanda-tanda berminyak, kesan kotoran atau bekas bersabun.

* Tumpang rumah akak mekchu sebab rumah mekchu ada sikit renovation yng mungkin tak selesa..

 Skuad Sunlight berkongsi beberapa tip bagaimana mencuci pinggan mangkuk boleh dimudahkan dengan usaha minima, prestasi maksima, hasil daripada kuasa menghilangkan minyak lebih daripada 100 limau dalam setiap botol Sunlight.

Tak perlu banyak.. hanya setitik dua sahaja sebenarnya dah cukup.. 

Squad Sunlight melawat rumah-rumah pengguna dan menunaikan permintaan setiap suri rumah – iaitu membantu mereka memudahkan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk supaya mereka dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga mereka.

 Dianggarkan lebih kurang 20,000 pinggan mangkuk telah dicuci oleh Skuad Sunlight seluruh negara.

walau pun dengan sedikit sabun, tapi lebih daripada mencukupi dengan membasuh pinggan yang boleh tahan banyak sebab memang kaya dengan kuasa limau.. Di samping memelihara tangan dan bau wangiiiiii...


Nak tahu lebih lanjut?  Ada 2 berita baik bagi pengguna Sunlight dan pembaca blog mekchu :)

Yang pertama, sempena Kempen 'Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight’ ini, pihak Sunlight sedang mengadakan peraduan yang berlangsung dari Mei 1 hingga Ogos 31, 2012 seluruh negara bagi menyebarkan lagi kuasa 100 limaunya kepada rakyat Malaysia lain.

Dengan sebarang pembelian botol atau pek isian semula Sunlight di kedai-kedai runcit yang terpilih, pelanggan akan menerima penanda Sunlight yang boleh digantung di pagar rumah.

Rumah-rumah yang dilihat menggantung penanda Sunlight ini akan berpeluang memenangi bekalan setahun Sunlight.


tak teringin ke? stok setahun..

 bergambar kenangan bersama Squad Sunlight.. 

terima kasih kerana datang untuk tolong cuci pinggan mangkuk dan tunjuk cara cucian yang sebenar dengan Sunlight..

Ok. Berita baik yang kedua bagi pembaca blog kuning oren ni.. Ada Peraduan 'Detik bersama Sunlight' untuk para pembaca semua..

Peraduan 'Detik bersama Sunlight'
Tempoh peraduan: 30 Jun, 2012 - 29 Julai 2012
Hadiah berupa set CORNINGWARE® bernilai RM429.00 bakal dimenangi oleh 1 pemenang terpilih.
Langkah penyertaan:

◦Langkah pertama: Ambil gambar yang bererti ‘Detik bersama Sunlight’ kepada anda.
Contohnya: Gambar makan bersama keluarga, gambar membasuh pinggan bersama anak anda, dan sebagainya. Gunakan kreativiti anda. 

◦Langkah kedua: Muat-naik gambar tersebut ke Facebook wall anda, dengan caption ‘Detik Saya bersama Sunlight'. 

◦Langkah ketiga: ‘Tag’ Suraya Mazni Mekchu sebagai cara memaklumkannya mengenai gambar tersebut selewat-lewatnya pada pukul 11.59 malam pada 29 Julai.

Contoh gambar 'Detik bersama Sunlight'

*Gambar sekadar contoh sahaja.. korang konpem boleh hasilkan yang terbaik dari ini...

Terma dan Syarat Peraduan 'Detik bersama Sunlight'
1.Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, penduduk tetap atau yang bermastautin di Malaysia.
2.Peserta peraduan hanya boleh menyertakan SATU gambar sahaja.
3.Privasi gambar tersebut hendaklah diletakkan pada ‘public’ supaya pihak Sunlight dapat melihatnya bagi penghakiman.
4.Hadiah akan dihantar kepada pemenang sebulan selepas tarikh pengumuman pemenang.
5.Sunlight berhak menukar hadiah yang ditawarkan sekiranya kehabisan stok. Walaubagaimanapun, nilai hadiah yang ditawarkan akan bernilai RM429.00 atau lebih.
6.Keputusan dari pihak Sunlight dan blogger adalah muktamad.


Hadiah : CORNINGWARE
6-piece set
•1L Covered Casserole
•1.5L Covered Casserole
•3L Covered Casserole
Harga: RM429.00

Pemenang bertuah akan diumumkan di blog ini diantara 6 - 12 Ogos.. Tepek gambar kat facebook je dah bleh dapat hadiah.. Tak perlu LIKE pon.. Penilaian berdasarkan gambar yang terbaik dan kreatif :)

Good luck semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...