@churalliya

Friday, January 13, 2012

Gambar kena frame

Sedang mengumpul kekuatan untuk update blog sebenarnya sejak kejadian yang tidak seronok di dengar beberapa hari lepas..


Training selama 5 hari tu dah nak habis... petang ni dah boleh balik.. 

Diri ni rindu sangat dengan najmi.. dan terasa berdebar pulak nak balik jumpa anak.. mesti soalan pembukaan najmi bila balik nanti macam ni "mama sihat? tak demam?" dan diikuti dengan misi soalan utama "mama ada beli sesuatu tak untuk mi?" 

Papa, macam biasa.. jangan lupa belikan sesuatu untuk najmi dan sorok dalam bonet keta dulu tau :D

Wednesday, January 11, 2012

Tak de perasaan lain kecuali RINDU

Tgh rehat. Belek2 picture gallery kat tipon ni sambil peluk bantal busuk masam mi-cah.. Hilang lah sikit rasa rindu. Tp sikit je laaa..

Bila rinduuuuu, mama peluk bantal busuk kamuuuuuu...
Bila resah, mama telefon kamuuuuu... (Tapi dia langsung tak nak cakap sejak mekchu smpai JB hari tu.. #sentaphatimaknak)

Adalah lebih baik update kisah anak daripada update kisah training.. Walaupun sbnarnya byk yg nak dikongsikan kat sini.. tak pe lah, mekchu dah update pun dlm hati :(

Tuesday, January 10, 2012

Hati ku tertinggal di Labu

Tatkala isteri tiada di sisi, roti canai je la pengubat hati kami, nampak gayo ni la aktiviti kami limo hari ni, tak gitu najmi? ~ Bapak Gonjolong

Bantal busuk itu kini di Grand Paragon, JB.. Dah start rindu sama budak kecik tu.. ~ Suraya Mazni Mekchu

Adanya mekchu di JB bukan kerana suka-suka.. sebaliknya kerana tugasan..

Miss my double NAJ :'(

Monday, January 9, 2012

Dah jumpa selendang idaman

Terima kasih sgt pada kawan2 yg sudi bg link, cadangan dan pendapat psl selendang tu.. Tak henti2 dpt komen kat fb. Melalui komen tu jugak akhirnya mekchu berjaya memiliki selendang idaman hati..

Itu lah selendang pertama dan terakhir. Mahal nak mammmmmm.. Lepas ni pakai selendang yg sama je utk tempoh 7-8 tahun akan datang.. Pakai smpai lusuh baru beli lain. Sbb tu pilih kaler putih. Senang nak kasi mecing. Sambil tu nak buat sewa jugak.. Hahaha sempat!

Harga selendang? Biarlah rahasiaaaa...

Sekarang otw ke jaybee.. Ada training 1NS*Net hari ni smpai sabtu. Tp mungkin jumaat kena blk dulu. Tempoh yg paling lama tak jumpa my double NAJ..

Sedih, sayu, pilu semua ada pagi tadi. Harap2 semuanya dipermudahkan.. Aminnnnn...

Saturday, January 7, 2012

Sedang mencari selendang

Sedang mencari selendang plain tapi glamer yang buat pakai kat bahu membawa lilit ke pinggang.. Tahu tak kalau online kat mana boleh dapat? Habis dah google segala macam selendang, tapi hampa!!

Kalau tak dapat bayangkan, sini mekchu pinjam gambar datin seri :)

 yang hujung sebelah satu lagi boleh lalukan kat pinggang dan terus sangkut kat tangan..

Nak pakainya lambat lagi, tapi memandangkan mekchu dah kesuntukan masa nak mencari dan survey kat kedai.. tadi dah pegi 2-3 kedai tudung (D'Haja, Pearl Haya, etc) tapi semua pun jenis selendang lilitan hana tajima..

Sepanjang-panjang minggu depan mekchu ada training kat Johor.. (ke Johor Premium Outlet (JPO) ada jual selendang mak datin erk?) kikikiki... balik je dari johor terus nak pakai.. celah mana nak carik kat kedai melainkan secara online..

Selendang ni amat penting.. tanpa dia maka tidak bermakna lah senyuman leretku selama ini.. ecehhhhh...

Mintak tolong ye kawan2 share kan link.. nak kaler light pink atau light yellow atau putih.. kalau ada yang boleh sewakan lagi terrrrbaekkkk...

Terima kasih. Thank you, Xie xie, Arogato gozaimasu, Gracias, Nandri, Komapsumnida, Gum xia, Makasih yaaaaaaa semuaaaaaa.....

Friday, January 6, 2012

mimpi jumpa mekchu dan micah

Copy paste dari theroseputih :)
********
untuk pengetahuan kalian sume, mekchu dan micah itu adalah watak sebenar dalam blog mekchu, kalau nak tau lebih lanjut, leh klik kat link yang aku dah kasik tuh...
 
kalu malas nak klik, tp rajin nak membaca entry nih, teruskan membaca...sebab kat sini pun aku dah mencilok dengan jayanya gambar2 dari blog tuan tanah kedaun dengan tanpa meminta izin... 


see...mcm familiar tak? hehehe...tu lah mekchu...dan kat bawah ni, anak teruna dia, baru umo 3tahun...micah...


punyalah aku nih selalu sangat terjah2, pastu komen2 kat blog dia, smpai terbawak masuk dlm mimpi...dlm mimpi tuh, aku terserempak ngan mekchu and micah ngan jalan2 kat soping mall...sempat ler tegur...siap posing2 amek gambar lagik ngan mekcu, laga2 pipi...*mimpi aku memang tak bleh blah kan? hehehe

pastu sempat ler jugak snap gambar ngan micah, sambil menggayakan aksi wajib micah...amek gambar ngan pale nak senget2...tak caya? seee...
 
 
baru je nak berbual panjang, aku dah tersedar...ceh...tak sempat nak hupload gambar kat blog, dah terjaga...

sebenarnya kan, aku rasa aku ngan micah nih tak banyak beza...korang tak caya? cer tgk gambar micah nih...
 
 pastu compared ngan gambar nih plak...
 
 
 tak dapat nak nampak lagi eh persamaan dia? jap2...aku tunjuk klu sket...
 
 
da nampak dah persamaannya? hehehe...jangan cakap...aku malu...karang even kalu nak amek gambar, otomatik pale jadik gitu...aku pun tatau...agagaga

notakaki : bila tah nak jumpa ngan mekchu ngan micah live nih...hehehe

********
Tak sangka gaya senget mi-cah tu boleh bawak masuk dalam mimpi :) Kehhhhhhlassss ko anak.. Lepas ni siapa pulak yang nak mimpikan kami? gagagagaga... 
Theroseputih, insyaAllah, kalau ada rezeki nanti kita jumpa ok.. nnti kita lumba senget siapa lagi comel :)
 

Thursday, January 5, 2012

Baju kurung cotton oren polkadot tu memang ada onggggg

Alhamdulillah, menang lagi contest di facebook.. Terima kasih kawan-kawan semua yang tak pernah jemu nak melayan emak budak yang comel sorang ni bila masuk contest..

Tengok gambar ni dulu.. mesti boleh ingat contest apa..

contest cotton oleh kak Nurazmiah Azri

Dengar macam banyak sangat masuk contest kat fb kan.. sebenarnya itu lah DUA contest yang mekchu masuk dan alhamdulillah menang.. satu yang contest Matase Sutera tu dan satu lagi contest kak Nurazmiah Azri ni..

celik2 mata pagi tahun baru terus tersenyum

Dan part yang terrrpaling best adalah memilih hadiah kemenangan..
"su, nanti pilih lah hadiah awak"
"kat mana-mana album atau ada yg tertentu je kak?"
"mana2 je yangggggg"
"betul ke ni kak?" ~ sambil hati riang ria sangat

Terus rambang mata nak memilih.. FREE lah katakan.. bukan selalu boleh shopping online lagak orang kaya ni kan.. sampai sejuk-sejuk tangan nak memilih takut tiba2 dah Sold Out.. sebab ramai je yang membeli online kat fb kak Nurazmiah Azri tu..

Dan sebulat suara mekchu pilih kain yang ini..

sweet sweet aje.. kaler pun light-light aje..

yang ini dark pink corak sama.. pun cantik.. 

Disebabkan mekchu baru beli lipstik mac light pink, so pilih light pink aje lah.. nanti boleh mecing-mecing dengan baju (sekali baju siap, lipstik pun sadaqallahulazim)

Antara pesaing-pesaing corak yang lain yang hampir mengugurkan iman mekchu..



Ada banyak lagi kain yang akan sampai dalam penghujung Januari ni nanti.. korang jangan lupa rajin2 jenguk facebook kak Nurazmiah Azri.. sebab kalau lambat sikit aje dah Sold Out..

Kalau nak tengok koleksi kain2 cotton yang cantik macam Japanese Cotton Gred AA atau Japanese Cotton Belaboo sila lah layari fb beliau di http://www.facebook.com/nurazmiah atau kalau opis blocked fb, boleh je tengok kat blog beliau di http://nurazshoppe.blogspot.com/

Korang pun patut ada at least sepasang kurung cotton ni untuk merasai kelainannya.. kalau yang dah ada berpasang-pasang tu tahniah mekchu ucapkan..

Petikan ayat lama "Suka sangat tengok orang pakai baju kurung cotton ni.. kurang seksi dan kurang kontroversi :)"

Wednesday, January 4, 2012

Teater kedua lakonan Nabila

Update : Teater keempat lakonan Nabila

Minggu lepas sempat tengok Teater Amuk Anak Zapin. Teater ni macam assignment la kepada students Kak Eliz.. pementasan pun hanya 2 hari bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya.. sebab tu mungkin korang tak pernah dengar pun nama teater tu..

Disebabkan kakak nabila terlibat secara langsung dalam teater tu, maka sudah pastinya kami datang untuk memberikan sokongan yang berpadu-padu.. Walaupun ini bukan teater pertama baginya, tapi kami tetap teruja.. Yang pertama masa dia berlakon dalam Teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) musim ke-2 awal tahun lepas. Dan yang pasti paling teruja adalah papa-jit.. sebab masa MTM hari tu dia tinggal rumah jaga mi-cah.. Kali ni baru dapat tengok anak buah sendiri kat atas pentas..

baru sampai.. dengan mi-cah yang asyik-asyik nak senget.. 

dengan kakak nabila kat belakang stage.. bukan main dia siap bermekap dan berkebaya nyonya

sempat kat depan banner besar dengan para pelakon dan tenaga pengajar.. 

Teater menggambarkan penyatuan orang melayu dalam mendapatkan kembali hak kedaulatan bumi Melaka yang lama tercalar oleh kerakusan penjajah dan penjarah bangsa Portugis. Titah Paduka Raja Johor yang dibawa Dato Laksmana mengundang rasa serba salah Pak Madun untuk turut sama ke medan peperangan yang tidak pernah berkesudahan. Ketaatannya ke bawah duli membuatkan beliau serba salah tetapi harus ‘akur’ ibarat kata pepatah Melayu;

“Di belakang ia menendang kita,

Bila di depan ia mengeting kita

Jika di tengah ia berpusing ligat pula.’

Kelana, Jelatang dan Wan Jamal turut bersama anak-anak Johor bersatu ke medan perang menawan kembali kota bertuah. Akur pada semangat untuk berjuang, Kelana rela berpisah dengan Wan Rabitah isteri yang baru dikahwininya. Semuanya kerana ketaatan terhadap nilai bangsa, persaudaraan dan tanda hormat kepada mereka yang bergelar ketua. Namun akur bukan bermakna menurut semata, menurut bukan bererti tunduk melulu. Ikutlah resam padi semakin tunduk semakin berisi.


Sumber : myseni.net
tuh dia budak baju merah dah keluar..satu-satunya watak budak kecik :)

Suka tengok kakak nabila berzapin kat atas tu.. heibat... memang heibat.. Kecik-kecik dah pandai.. kalo mekchu, jangan kata berzapin, nak angkat muka pandang audience pun belum tentu berani..

turut dibintangi oleh Zaidi Omar sebagai Pak Madun-penggiat tarian zapin di kampung (tak ingat nama)

kali ni watak kakak nabila lebih menyerlah. dialog jugak lebih banyak.. memek muka jugak bertambah mantap :)


tu semua tu setudents la tu.. yang gerak tari keras-keras tu dari students perakaunan, akauntan... hahahaha.. kalo students dari seni drama cantik je liuk lentok dia.. 

ok, dengan kak eliz orang kuat di sebalik pembikinan teater.. 

clap clap untuk Pengarah Gerak sbb kerja kuat anda selama ini.. 

Lepas habis teater tu, lepak sekejap dan terus ajak papa-jit amek gambar kat tempat wajib ini.. Kalau lah UUM dekat macam UM, nak jugak bawak mi-cah amek gambar macam ni..

 cuba carik mi-cah.. hihihi.. 

dan yang terakhir bersama atok jah & nenek jah.. 

Malam tu malam sambutan tahun baru.. kami sambut atas katil sajork.. Tahun ni kami tidak meletakkan sebarang impian dan harapan yang tinggi-tinggi.. Tetapi tidak bermakna kami tiada niat mengejar impian.. Kami masih disini dan sentiasa memperbaiki diri :)

Ok, berbalik kepada Kakak Nabila. Mak ngah bangga sangat dengan Bella.. Sekarang siap dah ada nama baru~Bella Zulkifli.. kehlasssssssss....

Tuesday, January 3, 2012

Top 10 Entry sepanjang saya berblogging

Saje-saje untuk kenangan sendiri :)

  May 2009 - Dis 2011 ~ sempat captured sebelum masuk 2012

1. Arwah Wawa meninggal pada usia 3 bulan di Taska

2. Mari kenali mekchu : Bab 4 : Suamiku

3. Lagenda Budak Setan 2

4. Dugaan kami di malam raya

5. Update kisah arwah wawa

6. Mari Kenali Mekchu : Bab 10 - Produk Penjagaan Mukaku

7. Kami kehilangan kereta di malam raya

8. Contest @Mekchu

9. Blog Mekchu dalam segmen Pena Siber : InTrend Ogos 2011

10. Mi-cah didokong oleh Perdana Menteri

Banyak kisah suka duka dalam blog ni.. cukup buatkan mekchu tersenyum simpul sendiri bila baca balik semua entry.. dalam hati ehhh pandai jugak aku ni menulis.. hahahhaha #pitammmmm

Terima kasih semua.. korang semua adalah backbone mekchu selama ni untuk terus menulis.. menulis ke? bukan menaip?

*sambil menaip sambil ragu-ragu sebenarnya.. bagaimana, kenapa dan mengapa entry Suamiku boleh berada di kedudukan ke-2. Mungkinkah dia lebih popular dalam diam? ohh tidak..

Korang, buatlah jugak review Top 10 entry ni.. pas tu ce cuba baca balik.. mesti senyum-senyum..

Kasut baharu di tahun baharu

Barulah mecing kasut dgn baju :)

Perlukan sesuatu yg baharu utk menaikkan semangat pegi kerja. Tp pagi tadi lambat jugak smpai opis.. Huhuhu.. Tp tak pe, sekurang2nya semangat tu ada..

Sama je perangai mcm budak2, kalo ada beg sekolah baharu, atau pensel box baharu mesti senang je nak bangun pagi..

Mengikut kamus dewan bahasa edisi terkini perkataan baru telah ditukar kepada BAHARU.. Ini mmg benar :)

Oleh itu, Selamat Tahun BAHARU 2012 kepada semua pembaca blog kuning oren ini (lain mcm pulak bunyi dia).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...