@churalliya

Tuesday, November 30, 2010

Keadaan semasa

begini lah rupa bentuk keadaan pejabat kami yang terkini.. tak sabar nak tggu wajah baru.. dah lama sgt kami tnggal setinggan di pejabat sendiri...

dan buat masa ini.. kami tetap bersabar.. x de hal punya janji dpt buat keje.. bukan kah pelanggan perlu di dahulukan.. cehh cehh..


port network yg kelihatan masih tergantung di situ..


tiles yg dah mula di pasang.. lepas ni tup tap tup tap la bunyik kasut bila catwalk.. hehehe..


ini lah keadaan pejabat sementara kami.. rasa seronok jugak sesekali duduk ramai2 mcm ni..


dan semestinya sebelah kak jemah si doktor chenta.. haha.. sib baik kak jemah dah cop kan tmpt mekchu tau.. kalo tak merempat lah aii...


sekian, mekchu melaporkan berhadapan Wall of Fame, UPTM khas untuk semua (kes teringin nak jadi reporter, tp tak dapat).. dan semestinya bertambah lagi satu kenangan bersama kawan-kawan pejabat..


Monday, November 29, 2010

Kenangan praktikal

zaman praktikal tahun 2001 dulu, mmg rapat dgn kakak-kakak Majlis Perbandaran Seremban (MPS).. kebetulan praktikal sama ngan bro.john... dia kuat memonteng dan juga kuat meniru projek wooo.. hahaha...

alhamdulillah skang bila dah keje mekchu cuba layan adik2 praktikal sebaik mungkin mcm kakak2 yang dulu layan mekchu..

kat opis kitowang tak pernah kekurangan student praktikal.. habis 1 batch, batch lain akan smbung.. tp rasanya batch kali ni yg paling rapat.. ada hikmahnya pindah dari banglow ke setinggan, dekat skit ngan tmpt dorang.. sbb tu makin rapat.. pulak tu hari2 ngadap muka dorang kan.. hahaha..

belanja makan pizza.. tp nisa & alin takut pulak nak merempit hari tu.. jadinya, filzah anak cik mat sorang je yg ada..


ini gmbr jumaat lepas..

salad ni sentiasa menggiurkan..


bab makan mekchu & jemah tidak dapat dipisahkan..


gaya 12sXX.. hahaha..



kat bawah ni gmbr ngan alin, nisa, izzad & filzah jumaat mggu lepas.. opis tak tercemar lagi waktu ni..


siap bg hadiah yg touching tu..

filzah, nisa & alin... eh, izzat, afiq & jamal jugak.. saya sentiasa doakan kejayaan korang.. jgn lupa kami di sini dan terima kasih untuk segalanya.. eceh....


Sunday, November 28, 2010

Ke arah pejabat 5 bintang

Sejak balik dari opis petang tadi, tak habis geleng kepala.. kejap2 menggeleng.. kejap2 menggelang.. gelengan ini adalah disebabkan tak dpt membayangkan apa akan jadi pada kami di pejabat selama 2 minggu akan datang..

masa belajar dulu pernah dgr tak pasal kaum nomad? kaum yg mengembala kambing yg berpindah randah dari satu tmpt ke satu tmpt yg lain utk mencari padang ragut yg lebih subur.. tapi kes kitowang ni mungkin berpindah randah utk mencari port internet yg paling dekat.. kah kah kah..

ruang kerja mekchu yg dah mcm kena tnggal 8 bulan.. sib baik sempat kemas pc ngam2 sblum dorang angkut meja..


opis kitowang mmg tahap padat sgt dah.. ruang pejabat yg kecik & staff yg makin ramai.. satu bilik duduk berdua dan bilik yg besar skit duduk smpai 6 org.. pendek kata, nak lalu ke toilet pun kena satu hala.. salah sorang kena berhenti beri laluan, kalo tak pastu pergeselan akan berlaku.. hahaha..

dlm keadaan begitu, pejabat yg berkonsepkan bilik dah tak sesuai.. utk menjimatkan ruang, eric leong sendiri telah mencadangkan supaya pecah kan bilik dan buat partition je.. 44 dan ke atas je yg kekalkan bilik.. kami SYMP ni duduk partition sudah..

ruang antara bilik mekchu & jemah yg dah pecah (yg tanda merah tu)

ke arah itu, satu evolusi akan berlaku dan telah bermula Jumaat lepas.. drastik sungguh.. tgk dlm gmbr pun tak paham skang kat belah mana..

tukar tiles, buat partition dan tukar carpet.. dulu dah repair siling kan.. sekarang masa utk renovate ruang kerja pulak..

sedih tgk network cable bergantungan tak bertali mcm tu.. itu lah punca kegembiraan bekerja.. hehehe..


mcm kedai yg dah tutup kat summit USJ pun ada.. yg polkadot tu sbnarnya habuk.. ingatkan lens yg kotor.. smpaikan habuk dlm gambar pun kelihatan jelas.. bayang kan cemana ketebalan habuk yg terpaksa kami hadapi..


last minute packing tadi.. siap tulis jgn curik hehehe...


tak tahan ngan habuk, soh bro.john bawak najmi keluar dulu..

tak pe, bersusah-susah dahulu.. lepas ni, opis kitowang lah yg paling cantik.. kalah opis kat putrajaya tu.. cantik ke opis putrajaya? teeetttt...

sape yg baik hati nak kongsi meja dan kerusi sepanjang 2 mnggu ni angkat tangan....

Saturday, November 27, 2010

Kerinduan itu

Suatu malam di rumah mak labu..

Najmi tgh khusyuk membedak kan kereta polis dia.. tiba-tiba dia berhenti membedak dan pandang pada gmbr yg ada pada botol bedak tu...

"ni anak ia..."
"ni mama ia.."
"papa ia mana ma?"

"papa ia tak de.. dia pegi keje"

"cian ia.. sama macam mi..."

terpaku dan terkedu.. ternyata dia telah memahami maksud kerinduan setelah hampir 4 hari tak jumpa papa dia yg outstation..

yg org bedak ni pun satu tau.. apa la salahnya letak kan gmbr org lelaki sekali kat situ.. bikin gua sentap je beb ngan jawapan anak gua!!

Thursday, November 25, 2010

Atok berfesbuk

Kalo ada yg terperasan 2-3 hari lepas kat wall fesbuk mekchu penuh dgn perkara-perkara pelik.. hahaha.. mmg pelik bak kata kawan kita sorang nih..

copy balik : apakah maksud ini semua? cam ada citer menarek saja..

hahaha... tekekek-kekek mekchu tergelak.. sepesen je pulak tu kawan2 baru mekchu kan.. sape yg tak risau..

mnggu ni smpai hujung bulan depan ada training fesbuk utk ketua2 kg di seluruh n9 nih.. jadi nya, salah satu 'tugas yg di arahkan dari masa ke semasa' itu adalah untuk mengajar atok2 ni guna fesbuk atas arahan pihak atasan..

pengalaman mengajar dorang ni amat lah manis... teramat manis utk dikenang.. hehehehe.. mcm2 perangai dan semuanya kelakar..

walaupun majoriti dorang ni dah berusia dan tak pernah guna komputer langsung, tapi semangat dorang nak tau pasal komputer dan internet ni sgt lah tnggi.. kalau ajar budak muda, belum tentu dorang menghargai kami tenaga pengajar ni macam atok2 tu hargai kami..


ada lagi..
dan ada banyak lagi tapi tak sempat nak carik satu per satu..


mggu depan ngajar ketua kampung sendiri.. Kg. Batu 8 dan Kg. Pelegong (Dun Labu) rasa xcited sgt nih.. sape2 org nogori tu, bleh la bg tau nama kg korang... nnti mekchu bleh adjust ngan kawan2 kasi attention lebih.. hahahaha..

Wednesday, November 24, 2010

Main khemah khemah

Masa kecik-kecik dulu korang pernah tak main khemah-khemah guna kusyen? buat dinding, siap ngan atap.. pas tu duduk la dlm khemah tu diam-diam.. kadang-kadang siap main masak-masak dlm khemah tu kan..

pakai kusyen sbb ianya keras dan senang dibentuk.. x de hal nak buat khemah bentuk apa sekali pun..

mlm tadi bro.john telah kembalikan kenangan itu.. tp tak guna kusyen.. susah dah nak jumpa kusyen skang.. semua pakat pakai sofa skang nih.. so, guna bantal.. bantal pulak semua stok lembik baek punya buat peluk time tido...

susah pulak nak buat khemah pakai bantal lembik.. hahaha.. demi anak kesayangan, dia akan cuba sedaya upaya jugak membina sebuah khemah untuk najmi..

sungguh-sungguh..



dan hasilnya, najmi mmg suka sangat.. selama ni main basikal, kereta je kan.. mlm tadi dapat pulak main khemah buatan sendiri.. keluar masuk, keluar masuk khemah je keje nyee.. smpai runtuh2 pun dia tetap sabar..

tetiba muka serius.. rambut dia mmg cenggitu la tetiap malam.. basah.. tak de makna nak pakaikan baju tido lengan panjang..


walau pun hanya sebuah khemah yg buruk, janji najmi happy, mama 8x ganda happy.. tapi nak melayan dia main tu yang tak larat..

hari ni bro.john meeting & bengkel kat luar smpai Jumaat.. dia balik, mekchu lak smbung bengkel sabtu & ahad.. pas tu pass batton semula kat bro.john yg ada seminar ahad - rabu... ohhhhhhhhhhhhh.... sbnarnya nak bagi tau..

"papa, mama akan merindui mu.. ehh dan najmi juga (ayat cover)..." uuu.. cedih nih..

Tuesday, November 23, 2010

Tektik yang menjadi

Memula nak ucap terima kasih pada mr.nuffnang..

Ingat tak entry surat terbuka untuk kekanda mr.nuffnang yg menyatakan perasaan sedih dan kiciwa akibat dah lama tak dpt buffered earning tu?

menjadi... iya nya menjadi.....


dapat sekali 5 ngko.. terharu tak? sila terharu sbb ini paksaan.....

korang cuba lah.. kalo menjadi jgn lupa belanja okehh....

Monday, November 22, 2010

Akibat terlampau nak bergaya

Skang ni pantang ada poket kat seluar... mesti jalan sambil seluk tangan dalam poket.. nak nak kalo ada kat luar rumah.. kalo org pandang, lagik dia suka..

petang semalam, kat kedai makan area paroi sana.. lepas je makan cam biasa dia nak jalan2 sambil seluk tangan dalam poket.. nmpk pulak anak2 kucing berlari2 kat situ..

apa lagik, dia pun lari sama2 ngan anak kucing tu.. sekali tersungkur & muka tersembam dulu kat atas jalan.. hadoiiii....

mcm mana tak tersungkur, sambil berlari 2-2 tangan dalam poket.. mcm mana nak balance badan.. terus muka yg cecah jalan dulu.. masa dia nangis tu, mekchu pun turut nangis sama dalam hati.. terus membawa ke jantung dan paru-paru..

dia selalu jatuh mmg nangis tak lama.. tp semalam nangis smpai leleh2 air mata.. tgk mulut x de darah.. hidung pun x de darah.. tak lama lepas tu, baru nmpk darah dah meleleh kat bibir dia..

tu luka kat bibir dia..

mama tau sakit sayang.. esok konpem la dia meragam & tak nak makan.. dah la mmg susah nak makan..


nmpk kan bengkak tu..

ini konpem jadi ulser.. besar tu luka dia.. kalo kita yg besar ni pun tak tahan sakit ulser mulut.. kalo budak kecik lagik la kesian..

malam tadi masa dia tido, cpt2 letak ubat 'Oral Aid' kat bibir dia tu.. family kitowang mmg tak guna bonjela.. tapi oral aid.. itu pun sbb pediatrician anak buah yg suggestkan.. bila try, mmg cepat baik berbanding bonjela..


ini dalam size besar.. kalo yg kecik tu mcm ubat sakit telinga tu aje..

kalo bonjela, luka tu akan jadi makin besar dan makin berbisa.. tapi oral aid nih dia akan rasa kebas2 dan tak sakit bila pakai.. harap2 najmi cepat baik..

kat watson pun ada, guardian pun ada.. yg kecik dlm rm5 kot kalo tak salah.. yg besar nih dlm rm8.. saje beli besar buat stok..



moga najmi cepat sembuh.. ini baru luka mulut sebab jatuh.. mama dia dah risau.. belum luka besar2.. mintak di jauhkan..

Sunday, November 21, 2010

Kereta atau bini?

Untuk pertama kalinya drive sendiri dari Kuala Pilah ke opis.. gementar pun ada, cemas pun ada.. tapi yg peliknya boleh smpai lagi awal dari biasa... menakjubkan..

sbnarnya kitowang stay kat Pilah lama raya korban hari tu.. disebabkan Jumaat lepas bro.john masih cuti dan kena lah mekchu drive sendiri gi opis... mekchu tau bro.john lagik cemas bila bini dia yg drive sendiri.. pulak tu pinjam keta kesayangan dia lak tu kan.. harus babai babai hingga ke pintu pagar.. hahahaha..

Disebabkan kerjaan yg byk di kantor, maka ku gagahkan diri untuk kerja..


najmi masa raya korban hari tu..

tetiba dah time nak balik.. org pompuan ni, kalo dah biasa ngan satu jalan tu, mmg jalan tu aje yg dia akan ikut.. sib baik hari tu tak lupa ingatan balik ikut jalan Labu.. hahaha.. member kat Pilah dah risau je tu kan..

jalan Seremban - K.Pilah pun dah ada highway, so mmg tak payah nak pusing sterring byk2 kali la ikut jalan Bukit Putus tu..


layan gmbr mekchu yg kebosanan dalam keta..


dlm hati dah terbayang indahnya anak & suami sambut mekchu di pintu pagar.. berbaloi drive jauh2.. tapi bila smpai2 je mcm nak pitam tgk bapak sexy, anak tutup aurat.. dorang tengah main 'iron man'..



"kenapa najmi pakai baju melayu ni papa?"
"dia gi ikut semayang kat masjid tadi?"
"siap bersongkok smpai ke petang?"
"dia takut iron man tu kena kepala dia.."


ye tak ye jugak.. mmg tinggi iron man tu terbang..

tak pe, tak pe.. mama bangga anak mama pakai bj melayu mcm tu walaupun tgh bermain di halaman rumah...


bukan pasal iron man terbang tinggi ke tak atau sesuai kah anak berbaju melayu ketika bermain yang mekchu nak tya korang kat sini.. tapi soalan kepada status mekchu nih..

biasa lah, intro 8 m/surat, soalan dia 3 patah perkataan aje..


mcm2 jawapan ada.. kelakar2 tau.. hehehe.. bila part Bapak Gonjolong tu yg paling tak tahan.. tak pasti mmg merajuk atau nak menyematkan diri dari menjawab maka dia buat2 merajuk.. waka waka eyy eyy..

eh korang pulak mcm mana??

Thursday, November 18, 2010

Coretan Aidiladha yg ringkas

Raya Aidiladha kami di Kuala Pilah.. yup, kami recycle aje baju raya aidilfitri yang lepas.. ke arah keluarga jimat..

jgn ditanya kenapa couple merah tu hover.. hahaha..

yg pastinya thn depan keluarga ini akan bertambah lagi sorang.. atau mungkin berdua.. atau bertiga? siapa tahu?? tp korang teka lah dari perut siapa.. hahaha.. dah elok2 senyap, lagik mau bikin panas balik.. suka tau...

sekian cerita raya aidiladha kami.. sangat menepati tajuk.. tak gitu??

Tuesday, November 16, 2010

Ekspresikan diri anda

Budak-budak cepat terpengaruh kan.. pengaruh pada benda2 yg elok tak pe, jgn yang bukan-bukan.. kang tetiba lak najmi jadik kami rappers yo-yo.. pakai rantai cd kat dada.. tak pun tiba2 shuffle kat tgh shopping complex.. itu parah sgt dah tu..

Iklan tv mmg byk pengaruhnya pada masyarakat.. dari budak2 smpai lah mak budak.. part budak makanan segera (sib baik byk yg dah kena ban), kalo mak budak of kos iklan syampoo, mekap, etc kan kan kan..

iklan utk bapak budak pun ada jugak.. tp pelik, tak berkesan kat dorang!!

Korang perasan tak iklan 'tak nak' merokok yang baru nih? bukan apa, rasa iklan tu sgt berkesan di hati..

Pandang tepat ke matanya... sambil redupkan mata, letak 2 jari di bibir dan katakan TIDAK dengan menggoyangkan tangan ke kiri… kanan.. kiri..


Najmi suka oo iklan nih.. mesti dia buat gaya 'tak nak' tu sama-sama.. pas tu sembam kan muka kat bantal sebab malu... isshhh, malu pulak dia.. dorang yg isap rokok tu lah yg patut malu..

ini bukan najmi.. iras-iras tu ada..


mi tak suka lah asap rokok..

Asap rokok? blueeekkkk... macam nak muntah bau!!! tak perlu kot letak kan info bahaya rokok serta asap rokok kat sini.. masing2 dah besar.. sendiri mau ingat la kan..


lagi satu iklan 'don't break my heart' yg perempuan india jadi nurse kat hospital tu.. macam2 sakit dia nmpk kat situ, ada mulut bernanah, kaki kena potong, isshhh macam2 lah.. semua merokok punya pasal.. masa last tu anak dia nak hisap rokok & terus dia cakap 'don't break my heart'..

sungguh2 mekchu cerita ni wokk.. korang pernah tgk tak iklan ni??

rokok? asap rokok? ada yg nak share tak?

last kopek,
ekspresikan diri anda... KATAKAN TIDAK KEPADA ASAP ROKOK..

update :
SALAM AIDILADHA kepada semua.. selamat bekorban & selamat bercuti.. (malas pulak nak wat entry.. mmg dasar feremfuan femmmmmmalasss.. hihihihi)

Monday, November 15, 2010

Najmi berbahasa Indon

Genap 2 thn dan sebulan bibik smpai malaysia dan bekerja dgn family kami.. termasuk lah jaga najmi.. kalo tak, bulan lepas balik lah bibik ke surabaya.. disebabkan masalah2 tertentu, maka bibik bersetuju untuk smbung 9 bulan lagi.. bleh tarik napas lega buat masa nih..

Kalau tnggal umah sban, tak yakin lagik nak amek bibik.. disebabkan tnggal sekali ngan mak, so bleh la mak tgk2 kan bibik & najmi..

Satu je yg kitowang risaukan bila bibik jaga najmi.. takut najmi terikut loghat indon.. dah beberapa kali mekchu perasan najmi ckp bahasa indon..

najmi with bibik - bulan puasa 2008

Kejadian pertama :
Senyap je rumah masa tu.. td ada nmpk budak kecik tu main2.. mesti dia tgh leka main benda yg bukan2 nih.. sah!! dia tgh main sembur2 baju.. dia sembur kat bunga atas meja dpn.. habis banjir meja tuh..

"apa mi buat tu?"
"bunga ni mama... harummmm" siap dgn gaya bau bunga mcm dlm iklan..

terkekek2 mekchu gelak kan najmi.. mana la ko belajar ckp harum.. hahahaha.. cpt2 betulkan soh dia ckp 'wangi'..

Kejadian kedua :
Baru balik keje dan mcm biasa dia sambut kitowang kat pintu.. mekchu bawak beg plastik isi keropok ikan..

"apa itu?"
"ni keropok.. najmi suka kan.."

-- dia mmg ckp bahasa baku APA ITU.. mula2 tak perasan.. lepas 2-3 kali dia tya dgn soalan mcm tu, baru kitowang dpt tangkap.. bibik selalu ckp mcm tu..

Kejadian ketiga :
mekchu nak pegang tangan najmi masa jalan2 di satu tempat awam..

"mi, meh jalan ngan mama"
"nanak.. mi sama papa"

kalo bahasa kita, kan selalu kita cakap 'mi dengan papa' atau 'mi ngan papa'.. jarang guna perkataan 'sama' untuk perbuatan seumpama itu..

ni raya pertama 2007

ohh no no no.. itu baru apa yg mekchu ingat.. ada byk lagik.. serba salah pun ada.. nak buat cane kan, masa dia ngan bibik lagik lama dari mama & papa dia :(

Dari awal2 lagi dah pesan ngan bibik jgn ckp indon kat sini.. belajar ckp melayu.. patutnya dia yg ikut ckp kita kan sbb kita majoriti kat rumah tuh.. ini satu rumah ckp indon ngan dia..

itu sib baik tak ckp 'nggak mau', 'tonton tv', 'semprot', etc.. kalo tak, bisa pitam dong..

yg terkini, masa kat bukit tinggi hari tu..


finally, gmbr toh puan tanah ngan bibik.. haruss ada...

kami antara yg beruntung dpt bibik ni.. so far, mmg berpuas hati dgn kerja dia.. serba serbi boleh.. kalau dia cuai masa jaga najmi, mesti dia akan bg tau mekchu.. kalo libatkan lebam atau darah, konpem dia dah nangis dulu..

kontrak smpai bln Julai 2011.. malas nak pikir next step kitowang lepas ni.. nnti dah dekat2 baru pikir.. boleh??

lega ada bibik yg boleh temankan emak & jaga kan najmi..
part gaji tu, belakang kira... mmg sakit.. tapi janji hati kita senang dan tenang kan.. bukan kah itu yg lebih penting? duit kan boleh cari..

Sunday, November 14, 2010

Colmar Tropicale 2000 - 2010

Secara mata kasar, tak jauh beza... tapi yg paling ketara adalah cuaca yg makin panas... sambung cerita lepas gi rabbit park & pony ride hari tu..

ehh.. tinggi jugak nak naik bukit tinggi ni kan.. cemana la masa pegi dulu naik kancil 650cc je.. naik 5 org lak tu.. ingat sekali tu siap memotong keta org lagik.. hahaha.. tersangat manis kalo di kenang.. isshh.. masa berchenta semua maniss kan...

ok..ok.. sila sediakan seorang RM12 utk membolehkan korang melepaskan diri di pondok pengawal.. apa da.. paksa2 pulak.. tak sangka lak smpai cam tu sekali.. ingatkan bila nak masuk kat atas nnti baru bayar..

RM12 termasuk untuk ke colmar, japanese village dan naik shuttle..



matahari tgh terpacak atas kepala.. panas wehhh... sib baik tak pakaikan najmi sweater.. hahaha..

sekali lagi, keluarga kotak meng interprame


ngan mak.. mmg niat nak bawak mak jalan2.. birthday mak katanya.... bkt tnggi jadi la ye mak.. sok2 kalo ada rezeki, kita gi france secara betul2..


bibik yg menjadi peneman setia mak kat rumah..


secara jujur, sejujur-jujurnya, mmg tak byk aktiviti yg bleh buat kat atas tu.. tp masa berchenta dulu kemain best lak kan??

terus cancel plan nak stay sana.. wat rugi je kan.. pulak time holiday cam tuh.. balik hari sudah... sban - bukit tnggi kira tak de la jauh sgt kan.. kan.. kan..


disebabkan tak byk aktiviti kat atas tu, layankan najmi main belon.. siap nak rampas anak cina tu pya pistol belon.. nak tak nak, terpaksa la beli RM10 utk satu set pistol belon nih.. kat pasar malam RM5 je dik non oiii...


dpt je pistol belon, terus senyap..


bukan main suka dia main lari2 kejar belon..

eh, kitowang lagik.. habiss.... ko bajet nak letak gmbr sape??

amek feel macam kat HK Disneyland.. bila tutup mata. feel tu smpai.. tapi bila bukak mata, terus potong.. ekekeke.. sbb tmpt dia terlalu kecik dan tak byk aktiviti bleh buat kat sana.. tmpt mmg cantik dah.. mmg tak tipu.. kena fikirkan something kot utk menarik lebih ramai pengunjung..

seround je dah mati akal tatau nak wat ape.. nak naik menara jam tu malas la pulek.. sudahnya bro.john ajak ikut jalan belakang.. yg ini mmg menarik sbb belum pernah smpai


rupanya ada pool kat belakang tu.. ye la, utk guest yg stay kat situ..


malas dokong najmi.. smpai satu tahap dia mengeluh "penatnye mi ni....." hahahaha... baru ko tau...


layan swan kejap.. garang woo dorang nih

lepas tawaf, mau ke Japanese village.. mmg nak naik shttle demi kebahagiaan altis bro.john.. bleh rosak keta wokk kalo naik atas tu.. jadi, kalo korang nak ke atas tu, adalah disarankan supaya naik shuttle ok.. besepah shuttle kat situ..


saje tanya najmi...
"mi naik train ke naik bas ni?"
"mi naik lori........."

hahaha... mmg mcm lori pun...


apa yg ada kat japanese village? rumah2 jepun & suasana perkampungan dorang.. ingatkan ada la awek cun berkimono smbut kitowang, bg minum japanese tea ke... ohhhh frust....


rumah jepun... tp tak leh masuk.. kesian ngko...


bro.john yg terkenang balik kg halaman...

kolam2 kat situ pun mcm dah tak berjaga laa.. opsss aii byr RM12 tau utk dapatkan yg terbaik.. sekali lagi aii frust...

tiba2 selera ku tertutup untuk jalan2 kat rumah yang lain..

tak smpai 15 minit, dah bekejar naik shuttle nak turun ke colmar semula..

ini lah akibat kalo termiss communication antara laki bini.. ternaik shuttle lain-lain.. hahahaha..

masa tgh layan angin tiup2 rmbt mcm tgh wat video clip tu, tetiba terfikir kenangan lama masa ke sana. dan dan tu hati ni tak sabar nak tgk balik gmbr lama kitowang masa naik bukit tnggi nih..

ni apa kes letak gmbr lama nih? sbb.......... ini adalah kenangan kitowang..

kurus kan bro.john.. well, mekchu mmg menten...


ini geng praktikal.. k.asra, izzu, bro.john, me, norly... kancil 650cc itu menjadi mangsa utk membawa kami semua kat atas tu.. kancil tu ada lagik tau.. byk berjasa.. jgn memain..

dlm kol 4 ptg, kami pun pulang.. otw turun bawah, bibik 2x berenti muntah.. hahaha.. mabuk ngko.. tak pernah berjalan jauh & jalan pulak bengkak bengkok..

jadi lah daripada duduk rumah kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...