@churalliya

Friday, November 30, 2012

Yang pejam dan yang celik

Tak tau nak update apa.. kalau tak update, serba tak kena pulak rasanya...

Oleh yang demikian, saksi kan laaaaaah....

yang pejam... #habibinajwa @D35

dan yang celik... #habibinajwa @D36

Yang mana pilihan uols? Tapi mama dia tetap nak interprame tu.... kenapa?

Nak bagi tahu uols ni, lagi 4 hari iols habis pantang... yabedabedu....


Wednesday, November 28, 2012

Perbandingan mereka

Dah alang-alang pakai baju yang sama.. Jenuh malam tadi nak amek gambar najwa yang sama posisi macam abg-mi.. tak dapat jugak.. mungkin tak sama sebab tak de bear-bear tu kat tepi kot..

Pakai kan najwa baju biru.. kahkahkah.. tapi muka gegirl dia masih terserlah disitu..

Baru perasan dulu mi-cah rambut dia tak lebat macam wawa.. dan mi-cah tak seputih wawa..

Mi-cah ~ muka ikut mekchu dan badan ikut papa-jit; dan
Wawa ~ muka ikut papa-jit dan badan ikut mekchu

Itu yang kami dapat simpulkan setakat ini :D

Tuesday, November 27, 2012

Anda masih boleh dapatkan Maternity Support Belt

Walau pun dalam pantang, Maternity Support Belt masih boleh di dapati dengan 3 langkah mudah..

1. Sila E-mel saya di churalliya@gmail.com atau facebook https://www.facebook.com/suraya.mazni. Nyatakan size anda. M dari 80cm - 100cm dan L dari 90cm - 115 cm.. Jangan risau sebab belt tu jenis lekat2 tu.. so boleh adjust ikut kebesaran perut kita..

2. Nanti saya akan reply beserta no akaun supplier. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun CIMB atau Maybank sahaja. Harga belt adalah RM199.90 dan tidak termasuk postage.. Sila tambah RM7 untuk semenanjung dan RM10 untuk Sabah dan Sarawak.

3. Sila maklumkan semula setelah pembayaran dibuat.. Nyatakan sekali alamat dan no. telefon bagi tujuan penghantaran. Saya akan terus memaklumkan kepada supplier dan penghantaran akan dilakukan secepat mungkin.

Terima kasih kepada yang telah mencuba :)


Jadikan lah Maternity Support Belt sebagai kawan baik sewaktu mengandung 
http://churalliya.blogspot.com/2012/07/jadikan-maternity-support-belt-sebagai.html

Pengalaman sendiri ketika memakai Maternity Support Belt 
http://churalliya.blogspot.com/2012/07/pengalaman-sendiri-ketika-memakai.html

Tutorial memakai Maternity Support Belt
http://churalliya.blogspot.com/2012/08/tutorial-memakai-maternity-support-belt.html

Maternity Support Belt yang banyak membantu

Ibu mengandung juga berhak untuk kelihatan cantik dan berseri

Tempoh mengandung sepatutnya merupakan tempoh yang indah untuk dikenang, bukan menyakitkan :)

Monday, November 26, 2012

Najwa Check-up 1 bulan

Kalau ikutkan tarikh memang lah ngam-ngam satu bulan (22 oct - 22 nov). Tapi kalau kira hari dah masuk hari ke-32.. Orang dalam pantang harus lah ingat hari ke berapa kannn..

 #habibinajwa dah siap nak gi hospital.. ada yang kata ini style berkemban.. kikiki.. 

Kalau bedung pun kejap je tangan mesti keluar.. baik keluarkan tangan dia siap-siap...

ini fav position najwa bila tidur.. 

dengan paed doc.yee pek ai.. doc pesan jangan masukkan gambar dia.. ok :)

Berat dah sebulan adalah 4.2kilo.. ok la tu kan.. ukur lilit kepala, panjang semua ntah berapa.. malas pulak nak check dalam buku.. tau berat je cukup lah.. 

Sempat jugak timbang berat mekchu dan mi-cah.. mekchu dah 53kilo dan mi-cah 18 kilo.. yeyyyy... 

saje x nak diri tegak supaya tak nampak perut.. hahahaha.. 

Kali ni sekali kan check-up mummy & baby.. sonang kojo.. Lepas setel najwa, gi depan bilik doc Intan pulak.. ohhh rindu pulak suasana ramai2 membawa perut kat sana.. 

Sementara tunggu turn.. macam biasa, kalau tak sejam menunggu tak sah!

kenapa dgn abg long mi-cah? ooo dia protes sebab papa-jit asyik dokong najwa je.. 

dan untuk tidak membuatkan abg terus protes, kena lah keje kuat sikit.. 

Scan perut dan doc kata masih ada darah nifas yang belum habis keluar lagi.. Masa scan tu kan biasalah soalan mi-cah "kenapa mama cek perut? mama ada baby lagi ke?" Soalan tu keluar mungkin disebabkan dia tengok perut mama dia yang masih besar ini.. Terus rasa down dan doc Intan yang tolong jawabkan.. hahaha.. ehhh mekchu buat pap smear sekali.. seminggu nanti baru dapat result..

Sebenarnya merindui perut muncit ku.. sekarang pun masih muncit jugak, tapi muncit-muncit lembik.. kah kah kah..


Friday, November 23, 2012

Terbangnya seekor Kenari

Kenari biru yang amat disayangi.. Kenari biru yang genap 10 tahun umur nya dan hidup bersama seorang tuan yang somel.. huhuhu.. Kenari biru yang diperolehi menggunakan duit hasil titik peluh sendiri (ehhh ada pinjam duit emak sikit utk downpayment, tapi dah habis bayar ok)

Genap 10 tahun (Okt 2002 - Okt 2012) maka terbanglah ia bersama air mata.. uwaaaaaa sedih sangat nehhh...

Ura-ura papa-jit kata nak berikan kenari pada atok & nenek pilah (mertua) dah lama tawu.. ingatkan rancangan tu tak jadi, sekali menjadi pulak.. Raya Haji lepas, gugurnya air mata kerana seekor kenari...

Banyak kenangan, banyak suka duka dengan kenari tu.. itu sebab emosi lebeyyy..

 kelabu ~ sekelabunya hati ini.. echewahhh.. .

memories.. 


mesin rumput dalam kereta.. kereta ngko ado?


suatu waktu ketika rim bewarna pink :)

3 bulan sekali baru hantar untuk mandi.. sangat senang nak jaga... 

Kenapa sayang sangat dengan kenari tu?

Apsal la syahdu sangat.. bukan bagi kat orang lain pon.. kat atok ngan nenek pilah jugak.. kalo rindu-rinduan balik pilah, amek kunci kereta dan pegi lah merempit..

Sekarang mekchu tak de kereta dah.. huhuhu.. kasihannnnn... tak tawu lah kalo papa-jit nak belikan kereta baru untuk binik dia ni kannnnnnn... #bertuahbadan..

Tuesday, November 20, 2012

Tetap ketiak mama

Dari pagi tadi gelisah je tak dapat tido lena.. Dah bedung pun sama jugak.

Rupanya nak tido celah ketiak mama. Mungkin dia rasa terselamat dari serangan abg long yang kejap2 dtg melompat, kejap2 cium pipi, mulut, hidung, telinga.. Paling tak tahan dia bagi ketiak, suruh adik dia cium.. Hahaha.. Ketiak mama lagi best kan wawa :)

Ehh hari ni #habibinajwa dah genap sebulan tawu.. Sekejap? Mekchu rasa lama ok....


Sent from my RedBerry®

Monday, November 19, 2012

Gambar pertama mereka sedang tido

Bila sorang tido, sorang lagi jaga.. Bila sorang jaga, sorang lagi tido.. Bila 2-2 tido, aye pun turut tido... ekekekeke...

Malam ni abg long mi-cah dah pengsan depan tv lebih awal, harus lah ambil kesempatan yang ada, sebelum join dorang tido :)



Alahai, tenang nya bila lihat anak-anak tido.. rasa nak tengok je lama-lama.. tak payah tido pun tak pe..

Nampak baik je dorang ni kan.. Ya, yang adik yu dah tentu lah baik.. yang abang tu..

Itu lakonan namanya.. yang sebenarnya begini (20 minit kemudian)


Yang abang dah songsang, yang adik dah tersingkap..

Sama ke muka dorang? Najwa tu ramai yang cakap macam muka papa-jit dan ramai jugak yang cakap macam muka abg long mi-cah.. TAPI dalam pada ramai-ramai tu kan, sorang pun tak de cakap muka mekchu.. #sentapsangat

Sunday, November 18, 2012

Girang adalah suka

Malam kelmarin.. suka lah sangat sebab dapat keluar rumah walau pun hanya ke klinik..

Bila post gambar ni kat fb, kawan2 semua cakap mekchu dah selim.. dorang bukan nak tanya sakit apa pegi klinik malam2 buta.. notty sangat tawu.. mekchu sakit mata.. dah 2 minggu mata ni merah tak nak elok.. dah titik air susu pun ngak bisa baik..

Susu ibu memang mujarab pada mata anak2.. tetapi tidak pada mata sendiri.. mata suami? ehh belum cuba lagi.. hahahaha...

kurus kerrrr?

Pada pandangan mata kasar ye la nampak kurus.. hakikatnya aiiii masih berattttttt.

Berat terakhir sebelum beranak 63kg. Lepas beranak 57kg. Lepas 2 minggu pantang 53.5kg.. owhhh masih terlalu banyak nak diturunkan.. Lepas tu takut nak timbang lagi..

Terus bangun dan ketatkan bengkung.....

Friday, November 16, 2012

Pengalaman Berurut 3 hari berturut

Dah macam pantun 2 kerat pulak...

Hari ke-8, 9 dan 10 baru dapat berurut.. Sepatutnya hari ke-5. Tapi disebabkan Hari Raya Haji kan.. dah tu sabtu dengan ahad akak urut tu ada hal pulak.. So, hari ke-8 pun tak pe la.. janji urut aii kasi selim balik..

Memang dah biasa dengan akak urut ni.. kami panggil dia kak nora.. sejak mekchu keguguran 2 kali tahun 2007 lepas.. bersalin kan mi-cah pun urut dengan akak nora jugak.. kalau rajin lepas kering period pun datang urut dengan kak nora jugak..

Bukan mekchu je yang kena urut.. baby najwa pun sama..

Hari pertama (hari ke-8 berpantang), kak nora datang mandikan baby najwa dulu.. sebelum mandi tu dia belek baby, bersihkan pusat, ehem ehem dan segala-galanya.. lepas tu mandi dengan air sejuk hokehhhh... kesian sgt najwa.. mula2 je dia menangis.. lepas tu elok je dia senyap..

 tu dia najwa kena mandi dengan air sejuk... 

Lepas selesai mandi, ada sesi mengurut baby pulak.. Ya, baby pun perlu diurut sebab dia kan lama duduk bergulung dalam perut mummy.. So, kena lah bagi massage sikit.. kasi lancar peredaran darah dan paling penting kasi otot dia kuat2 belaka..

urut tapak kaki, 

urut belakang.. 

urut perut..

urut betis.. ishh semua2 lah yang diurutnya...

Dan yang paling penting tuam perut dan belakang baby.. hari pertama je guna daun sireh dengan lilin.. hari berikutnya terus guna bunjut lada hitam yang dipanaskan pada seterika..

Lepas selesai mengurut baby (urut biasa-biasa je tawu, bukan beria tekan kuat-kuat macam urut orang bersalin), sesi senaman pulak.. owhhhh ini memang tak sanggup nak tengok sebenarnya.. Ini pun amek gambar sambil tutup mata je ni..

 tuh dia.. buat 3 kali macam tu.. memang berderup-derap bunyi tulang baby.. 

lepas tu 'samersop berpusing' ni.. hari 1st mekchu tak sanggup tengok.. hari ke-2 ni baru ada kekuatan nak tengok.. itu pun sbb nak amek gambar masuk belog.. Ini untuk mengelakkan baby dari lemah semangat.. 

Harap-harap kuat lah semangat anak haku tu.. 

Proses yang sama jugak untuk 3 hari berturut. Mekchu tak sampai hati sebenarnya nak tengok najwa kena mandi dengan air sejuk.. sebelum kak nora sampai, mekchu pegi tuang air panas kat dalam kolam dengan harapan dia amek air kolam tu buat mandi.. sekali dia pegi tadah air paip daaa.. Dah la air rumah nenek labu ni adalah air perigi.. memang sejuk, tak tipu..

Ya, air perigi yang dah disambungkan pada pam.. Jadi kami tidak tercemar dengan air klorin dan tak perlukan penapis.. Beruntung sebab bukan semua dapat merasa mandi dengan air perigi sekarang ni..

dan di hari ke-3.. abang long datang memberikan semangat.. 

Setel je part najwa, tiba lah part mekchu pulak.. Hari pertama urut memang sakit yang hamat!! Satu yang mekchu suka kak nora ialah bab tangan dia.. pergghhh dia kalo mengurut memang superb.. tangan dia macam ada kuasa.. tau je kat mana yang kita sakit.. kalo kita mengadoi sakit, lagi dia belek part yang sakit tu sampai la urat tu lembut.. Oleh itu kalau sakit, baik ngko diam kan aje..

Ok, mekchu urut satu badan termasuk lah urut tetek untuk lancarkan aliran susu... terpaling suka bila urut belakang badan dan kepala.. hilang segala stress.. best sangat-sangat.. Lepas berurut terus bertungku (guna batu) kat perut dan belakang badan serta sengkak 3 kali.. Sengkak ni penting untuk naik kan semula peranakan.. Kalau terus sengkak tanpa bertungku dulu, alamat pecah lah perut ngko.. Sengkak yang pertama sakit macam nak mammmmm... keluar jugak lah air mata ni.. lepas tu terus terasa darah mengalir.. masuk toilet tengok berketul-ketul ngko...

Lepas siap urut, tungku dan sengkak, kak nora pakaikan bengkung dan sanggulkan rambut.. haruslah selim bila dah berbengkung..

Gambar mekchu berurut nan hado.. kalo ada pun sensored.. tak lepas untuk tontonan.. kikiki..

Dan kerja2 tungku (mekchu guna tungku moden bentuk bantal tu aje) dan bengkung diteruskan hingga lah ke hari ini.. malam je kadang2 malas nak pakai..

Ohh ye, mengenai kak nora urut tu. Kalau ada kawan2 yang minta contact number dia, mekchu tak boleh bagi buat masa ni atas kehendak tuan empunya badan..



Dan ini mekchu 10 hari dalam pantang... Ramai yang kata mekchu senang nak kurus semula.. Isshh tak de la senang sangat kali ni.. tak macam kali pertama dulu.. 'Belon air' itu masih ada..

Nenek labu masak sedap-sedap... achaner nak kurus niiiii... komengaaaaa...

Monday, November 12, 2012

Ragam Najmi bila ada Najwa

Bersyukur sangat sebenarnya sebab abg long mi-cah dapat terima adik dia.. Risau jugak kalau-kalau dia memberontak bila dapat adik.. Ye la kan, dah 4 tahun puas bermanja.. Bukan tempoh yang singkat tu..

Ada jugak kasi hadiah kat dia.. konon-konon hadiah tu daripada adik.. ini pun idea dari reader jugak.. walau pun hadiah sepasang baju otromen max..

"abg mi... adik najwa ada bagi sesuatu pada abg ni.."
"apa dia?"
"abg tutup mata dan tadah tangan.."
(sambil mata tertutup dan 2-2 tangan menadah)
"alaaaa... baju otromen aje? kan mi nak keta kebal"
"ye la.. adik kan tak keje lagi.. dia mana ada duit nak beli keta kebal.. 
"macam mana adik boleh bagi? dia kan kecik lagi.."
"masa dalam perut, adik ada bg tau mama.. dia kata dia sayangkan abang dan suruh mama belikan baju otromen ni.. abg mi kan suka otromen.." ~ part mengolah cerita mmg mama ngko terror..
"ooooo.... terima kasih adik" ~ terus pegi kiss kiss adik dia..

Lepas tu pantang kering baju otromen tu dah dipakainya semula..

Korang kalo pun boleh cuba tips di atas... dan ada lagi satu-dua hadiah yang kami dah standby tapi tak bagi kat abg mi lagi.. akan digunakan kalau keadaan mendesak nanti..



 Kalau adik eekkk-ekkk sikit abg mi akan datang untuk selamatkan adik dia..
"alaaa cayang-cayang abang.. abang ada.. abang ada ni...."
atau pun..
"kecipung-kecipung abang.. jangan la menangis..."

Part kecipung-kecipung tu memang comel sangat :)

Itu kalo dalam mood yang baik laa... sikit2 nak cium... sikit2 nak peluk.. tapi bila datang mood yang tak berapa baik, terus menjerit "mi tak nak jadi abang.. mi tak nak jadi abang"

"Baik, kalau mi tak nak jadi abang, mama panggil najwa tu kakak...." (tiba-tiba)





Gambar-gambar tu baru koleksi sepanjang 22 hari berpantang.. nanti dah banyak takut tak larat pulak nak upload..

Abg long paling rajin amek kan pampers ngan wet tissue kalo adik dia berak.. pas tu suka gelak2 tengok adik berak yang sangat banyak..


Berpantang dengan ada anak tengah melasak memang menduga sungguh.. sangat berbeza masa berpantang 4 tahun lepas..

Yang pasal rocker tu, memang mi-cah suka sangat.. boleh siap tido lena kat dalam tu.. kita risau takut kain rocker tu terkoyak.. Up to 18kg dan berat mi-cah adalah 18.5kg (^_^)


Malam tu letak kan najwa kat dalam rocker dan mi-cah main buldozer kat keliling rocker adik dia.. mekchu dan papa-jit kat dapur tengah makan. Sekali dengar najwa menangis kuat.. rupa-rupanya buldozer tu terjatuh kat kepala najwa.. yang bibik ada kat situ melopong tengok tv.. bukan dia nak jaga anak haku!!

Apa lagi, kena la dengan papa dia.. benjol sekejap dahi najwa.. kat mana ada adik dia, kat celah tu lah dia nak main buldozer dia.. geram sangat...

Keesokkan harinya pulak, tengah mekchu nak sendawakan najwa (kat bahu sebelah kiri) perasan abg mi kat sebelah cium2 adik dia.. tiba2 adik menjerit lagi.. tengok kat siku adik dah merah ada kesan gigi abang..

Sekali lagi abg mi kena dengan papa dia... Lepas tu menangis kat tepi mekchu sambil cakap "teruk sangat ke mi ni mama? teruk samgat ke?..." Nak tergelak pun ada, kesian pun ada.. Memang pengaruh hagemaru sungguh...

tu kesan gigi abang.. dah la adik tu putih, mmg nampak sangat lah kesan gigitan sayang abang dia tu.. 

Berdebar menanti hari-hari esok.. apa lah lagi kesakitan yang bakal diterima adik.. semoga najwa tabah mengharungi keperitan dan kesakitan sementara nak membesar dan balas dendam... kah kah kah...

Saturday, November 10, 2012

Fisher Price Rocker

Bouncer/rocker yang dibeli sejak mengandung 6 bulan lagi kat fb.. ramai yang kata tak elok beli barang baby awal-awal.. ehh tak faham kadang-kadang tu.. bukan lagi untung ke sebab sekarang bouncer/rocker ni dah tak jumpa yang murah...

homel homel bila letak kan najwa dalam ni... 

tapi bila abg long yang duduk, risau sgt takut roboh.. 

Kalaulah rocker ni boleh bercakap, entah apa lah dialognya..

Friday, November 9, 2012

Register je kat Klinik Kesihatan

Bila kita dah register kat Klinik Kesihatan berhampiran, nurse akan datang monitor perkembangan baby n mummy..

Macam mekchu, seawal hari ke-3 (hari yang sama lepas papa-jit register) nurse terus datang rumah.. terus bukak buku baby tu.. Walau pun kali ni tak check-up kerajaan masa mengandung, tapi untuk baby ni register sajork.. bukan rugi apa pon..

Najwa masa keluar hospital hari tu ada kena kuning sikit.. bacaan 7.3 pada hari ke-2 (tak sure bacaan dalam apa. tapi kalo kat klinik lain bacaan yang ratus2 tu kan). So, hari ke-3 kena datang amek darah lagi dan bacaan naik 8.6.. Sambung lagi amek darah hari ke-4 dan bacaan masih sama 8.6 (tak naik, tak turun). Menurut paed, itu tandanya bacaan tidak akan naik lagi..

Tau kan graf baby kalo kuning macam mana? Bila bacaan dah turun, makna nya dia tak akan naik lagi..

8.6 tu kuning setakat pada muka sahaja.. Alhamdulillah, tak teruk kuning baby Najwa..

ni masa tgh tggu result darah najwa di Hospital Columbia.. seronok pulak naik wheelchair sbb cepat je sampai.. 

Masa ni kan, satu hospital tengok kami sebab abg long mi-cah yang nak sangat tolak wheelchair tu.. bila tolak mata bukan ke depan, tapi mata tengok tayar.. menjerit2 mekchu takut langgar orang.. agaknya dalam hati orang2 tu, kejam nya suami dia.. hahahaha..

Ok, berbalik pada nurse datang rumah tu..

Bila baby kuning, lagi lah nurse kena datang rumah.. sampai lah bacaan kuning baby kurang.. Dia datang check kuning baby, check pusat baby, check BP mummy, check perut mummy, check kaki mummy.. Bukan ada apa pon.. sekadar untuk rekod sahaja..

Lepas datang 3 hari berturut, nurse datang lagi untuk timbang baby pada hari ke-10 dan hari ke-20..

ada ke yang tak pernah tengok cemana baby kena timbang? haaa begini ye.. kat atas tangan nurse tu ada jarum penimbang dia.. 

Hari ke-10 berat najwa 3.2 kilo dan hari ke-20 berat dah jadi 3.8 kilo..

Lepas ni kena datang hari ke-30 pulak untuk cucuk.. tak buat keputusan lagi nak sambung check-up kat Hospital Columbia atau kat Klinik Kesihatan.. 2-2 ada pro n conts dia.. najmi dulu klinik kesihatan sajork.. tau dah susah senang dia cemana..

Dan najwa di hari ke-20...

my new love :)

Ok, hari dah hujan.. kami mahu tidur.... lalalalala...



Thursday, November 8, 2012

Pengalaman berpantang dengan Tanamera Postnatal Care Set

Bagaimana mekchu menggunakan semua item dalam Tanamera Postnatal Care Set semasa sedang berpantang...

Tapi sebelum tu nak bagi tahu uols, seronok gile berada di rumah di kala musim tengkujuh tiba.. hewhewhew...

Bila dah berpantang dengan nenek labu ni, semua kena ikut.. tak sanggup nak dengar dia bising.. amalan itu, pantang ini.. Ok, saya yang menurut perintah... tak salah apa pun kalo kita ikut cakap orang tua ni.. sebab dia lagi berpengalaman kan..

Celik je mata, terus susukan najwa dulu sebab pukul 8 pagi dah kena mandi.. Bibik sediakan air mandi dan air sirih buat cebok..


Baldi paling besar untuk air mandi.. walau pun ada rebusan air mandi tradisional, mekchu tetap campurkan uncang herbal bath tenamera sekali dalam baldi tu..

Baldi paling kecik untuk air cebok.. rebusan air sireh dari nenek labu.. sampai kat mekchu, terus campurkan dgn uncang feminine herbal wash tanamera.. sekali terus dlm air suam tu senang..

Dan baldi serderhana tu air sejuk.. untuk dicampurkan dengan baldi besar dan baldi kecik..

Bila time sabun, harus gunakan brown formulation body soap yang memang shiokkk... sejak mengandung dah mula pakai.. dan sekarang sabun yang ke-3... ngeeeeee...

Perasan kulit badan makin mulus gebus.. tak pasti lah penangan herbal bath atau pun air rebusan mandian tradisional tu.. suka sangat usik kulit sendiri.. makin putih melepak sejak berpantang ni.. kikikiki..

Selang 4-5 hari, masa untuk scrub kan badan dengan boreh body scrub.. tenyeh satu badan dan terasa saya lah manusia yang paling bersih dari daki... hahahaha.... Tapi kan mekchu ada masalah sikit dengan scrub dia ni... nanti tangan akan naik bijik2 kecik yang gatal tu... mungkin kena scrub menggunakan sudu.. hahahaha...

Ok, setel bab mandian..

Set tanamera memang tidak didatangkan bersama untuk kegunaan baby.. Untuk baby, mekchu gunakan lada hitam dibalut dengan kain dan dipanaskan pada iron untuk tuam pada perut, dan minyak telon sendayu tinggi tetap di hati.. yang lain2 sapu lotion sajork.. Alhamdulillah, baby tak banyak ragam..

 najwa sedang disiapkan oleh nenek tepat jam 10 pagi setiap hari.. 

Sedang najwa dimekapkan, mekchu ke bilik nenek labu bagi tujuan pelangsingan diri.. ohh penting step ni tak boleh miss...

Tiada gambar yang bagi setiap satu.. sebab malas..


Dimulakan dengan membancuh firming herbal blend paste satu mangkuk dan calming herbal blend paste satu mangkuk.. Firming herbal paste tu disapukan pada perut yang macam tilam air ni.. sapu rata2, kendian alaskan dengan sehelai kain dan balut sama bengkung.. Bengkung kena ikat ketat2, kata nak ramping kannnn... Ikat sendiri dengan berdiri depan cermin sambil rapatkan kaki..

Tapi mekchu tak boleh pakai firming herbal blend paste ni hari-hari sebab perut gatal2.. mungkin sebab dia panas dan kena balut dengan bengkung pulak kan.. so, mekchu selang selikan dengan kapur + air limau atau gel ramping.. ahaks...

Postpartum abdominal wrap a.k.a bengkung dari tanamera ni mekchu tak suka sangat sebab dia besar dan jenis yang satu tali ni.. bila dah satu tali, agak susah lah nak pakai sbb tali tu panjang giler.. pulak tu dia kan besar sampai kena lipat, jadi dia punya lobang nak masuk tali tu jarang2.. so, imaginasi mekchu kalau dah jarang susah lah nak kempiskan perut.. nasib ada simpan bengkung sendayu tinggi dulu..
 
Lepas dah siap, calming herbal blend paste tu pulak di sapukan pada dahi yang luas itu..

Herbal massage oil pulak disapukan pada bahagian bahu, tangan dan kaki... gosok-gosok lah sikit kasik darah jalan.. kendian, pakai lah stokin.. rambut tu sila sanggul tinggi2 sebelum nenek labu sanggulkan.. hambek kat atas dahi diamnya...

sanggul terpaling tinggi dari nenek labu.. masa ni mata dah sepet sangat serupa ninja hatori.. 

dan pompuan yang dah siap dibengkungkan dan dipiliskan..

Lepas tu, ke dapur untuk sarapan.. tak kira lah apa yang ada.. kadang2 kuih kodok, kadang2 biskut cicah air milo.. roti sedap gardinea pun layan.. atau pun quaker oats ni.. yang penting kena ada air milo kaw yang panas... nyamannnn...

 haaa... selain milo kena lah ada herbal tea di situ.. buat minum pagi dan petang.. rasanya agak pedas dan badan akan jadi panas... 

 ini? sekadar gambar hiasan sahaja... 1st time minum terus muntah terbelahak.. lagi dahsyat muntah masa mabuk mengandung.. simpan sahaja angan2 nak minum pati ikan haruan nih.. 

Virgin Coconut Oil tak pakai lagi setakat dalam pantang ni.. tapi yakin lah VCO itu tersangat hebat.. mekchu guna sejak mengandung untuk sapu kat perut.. bila dah masuk 36 minggu, buat minum satu sudu pagi dan satu sudu petang.. lepas tu buat sapu jugak kat ehem ehem supaya tak koyak banyak masa beranak.. 

Patutnya kena sapu jugak masa dalam labour room.. VCO mmg bawak, tapi tak sempat nak sapu pon.. uhuk uhuk.. Baby keluar memang bersih.. kenyataan.... kulit najwa jauh lagi bersih dari najmi.. tak de ruam atau bijik2 putih tu langsung.. 

Ok, habis iklan.. sambung cerita... Masuk-masuk je bilik tengok anak mama dah wangi-wangi.. aduhaiiiiii, sedap nye bau dia...

tu dia gambar saya bukak mata :)

Makan tengah hari tepat jam 12.30 t/hari.. kalo lambat dikatanya takut masuk angin.. Jenguk dapur lauk sedap2 lah pulak.. kalo makan bubur pun siap ada lauk ikan merah stim halia, ikan bilis + halia...

Kalo korang tengok mekchu tak kurus2 kan, masakan nenek labu lah penyebabnya..

Lepas makan golek2 dengan anak-anak.. Kadang2 mereka tidur dan mekchu pun tidur seadanya.. .time2 hujan pulak tu kan..

Petang, jam 5 nenek labu dah bising2 nak mandikan najwa.. kadang2 hujan lebat najwa tak mandi, mama dia pun 2x5.. hewhewhew.. shejukkkkk.... tapi najmi kena paksa mandi jugak sbb dia memang berpeluh walau pun dalam hujan..

Jam 5 jugak kena minum petang.. makan lah roti atau biskut.. selama ni tak kisah pun tak minum petang.. alaaaa.. achaner nak kurus nii...

Jam 7 masa untuk Julia... Jam 8 makan malam..

Dan jam 9 siap2 tidurkan najwa.. kadang2 senang nak tidur, kadang2 susah.. alhamdulillah, najwa tak banyak ragamnya.. cuma dia kuat mengamuk kalo nak menyusu.. kena pastikan susu cukup terkumpul di dada sebelum dia mengamuk..

Jam 10 atau 11 masa untuk minum susu anmum atau horlick atau milo..

Ok lah, meleret lah pulak.. kata entry pasal guna tanamera.. termerepek di situ..

Jadi kesimpulan 18 hari menggunakan Tanamera Postnatal Care Set ni adalah, best pada certain item dan tidak best certain item yang lain.. Boleh refer bebelan di atas.. Harus ingat ye kawan2, kalau mak/mak mertua yang jaga korang dalam pantang tu particular dalam bab makanan untuk kesihatan dalaman ni, baik lah korang eksplen awal2.. mcm mekchu, kena beli air akar kayu dengan bidan kampung sbb nenek labu terlalu pentingkan kesihatan dalaman..

Panjang sangat dah ni.. ok, nak sambung golek2 dengan anak-anak.. daaaaaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...